|
KENDERAAN ANTIK DAN KLASIK
Kriteria kelayakan
Sebelum sesuatu kereta mendapat
kelayakan, ia perlu menjalani pemeriksaan. Ia mesti memenuhi salah satu dari
kriteria di bawah:
Kereta Antik : Kereta yang berusia lebih 50 tahun dari tahun ia
dikeluarkan.
Kereta Klasik : Kereta yang berusia lebih 25 tahun dari tahun ia
dikeluarkan.
-
Badan kereta mestilah yang asli
daripada pengeluar kenderaan tersebut.
-
Berada dalam keadaan baik dan selamat, penjagaan
dan mempunyai harga pasaran.
-
Tidak boleh digunakan untuk kegunaan
seharian.
-
Enjin kereta dan nombor casis tidak
pernah ditukar atau diganti.
-
Meningkatupaya
pendawaian elektrik, brek, sistem minyak untuk tujuan keselamatan dan penggunaan
adalah dibenarkan.
-
Tidak semua jenis dan pembuat layak
mendapat status ini.
-
Keputusan terakhir
untuk medapatkan status klasik/antik bergantung kepada Ketua Pengarah Jabatan
Pengangkutan Jalan.
-
Permohonan untuk
mendapatkan status ini boleh di alamatkan kepada :
Bahagian Teknik,
Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel: 03-88866693
Atau di mana-mana bahagian penguatkuasa JPJ negeri.
Semua permohonan mesti dilengkapi
dengan dokumen berikut:
-
Surat pendaftaran kenderaan
(salinan dan asal).
-
Surat pendaftaran kenderaan pemilik
selain dari kenderaan yang hendak dipohon.
-
Salinan kad pengenalan pemohon.
-
Minima 4 keping gambar kenderaan
dari pandangan depan, belakang, pandangan sisi dan pandangan dari stesen.
Keutamaan akan diberikan kepada ahli
Royal Malaysian Vintage and Classic Car Club.
Pemohon dikehendaki membawa bersama
kenderaan dan dokumen yang diperlukan untuk diperiksa di mana-mana pejabat JPJ.
Pemeriksaan akan difokuskan kepada keaslian kereta tersebut.
Panduan pemeriksaan akan di buat
berdasarkan:
-
Enjin dan nombor casis adalah sama
seperti yang tercatat dalam surat pendaftaran.
-
Pemeriksaan untuk keaslian termasuk
:
Kenderaan yang layak untuk status
akan diberikan sijil kelayakan yang membolehkan potongan cukai jalan seperti
berikut:
Kenderaan Antik
- 90% daripada harga sebenar cukai jalan
Kenderaan
Klasik - 80% daripada harga sebenar cukai jalan
|