|
PINDAH HAKMILIK
PERHATIAN
Di bawah Seksyen 13(1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987, semua permohonan untuk pertukaran milikan kenderaan
hendaklah dikemukakan kepada Pengarah JPJ Negeri berkenaan dalam tempoh 7
hari dari tarikh kenderaan itu bertukar tangan. Kegagalan berbuat demikian,
penjual dan pembeli boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi 3 bulan bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan
kedua atau kemudiannya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau
dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
Tanggungjawab penjual
kenderaan
-
Apabila anda menjual kenderaan, anda sebagai pemunya berdaftar
kenderaan adalah diwajibkan memberitahu pengarah JPJ Negeri berkenaan
mengenai pertukaran milikan tersebut dengan mengisi dan menandatangani
Bahagian A Borang JPJ K3.
-
Borang JPJ K3 hendaklah diserahkan kepada pembeli berserta dengan
dokumen seperti berikut :
-
Perakuan Pendaftaran kenderaan asal
-
Salinan kad pengenalan yang disahkan(sekiranya anda mengemukakan
permohonan sendiri anda perlu mengemukakan kad pengenalan asal)
-
Surat pelepasan tuntutan hak milik(jika anda telah mengambil pinjaman
kenderaan dari institusi kewangan)
-
Anda hendaklah memastikan pertukaran milikan didaftarkan dengan JPJ
oleh pembeli kenderaan dalam tempoh 7 hari kenderaan bertukar tangan.
Kegagalan anda berbuat demikian akan membawa akibat seperti berikut :
-
Anda boleh didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
-
Anda masih bertanggungjawab di atas segala yang berlaku kepada
kenderaan tersebut walaupun tidak ada dalam milikan atau simpanan anda
lagi.
Tanggungjawab pembeli
kenderaan
-
Apabila anda membeli kenderaan terpakai, anda perlu mendapat daripada
penjual, dokumen-dokumen seperti berikut :
-
Borang JPJ K3 yang telah diisikan dan ditandatangani oleh pemunya
berdaftar
-
Salinan kad pengenalan pemunya berdaftar
-
Perakuan pendaftaran kenderaan yang asal
-
Surat pelepasan tuntutan hak milik dari institusi kewangan berkenaan (jika
berkenaan)
-
Anda dikehendaki mengisi dan menandatangani Bahagian B borang JPJ K3.
-
Jika anda ada apa-apa keraguan mengenai identiti kenderaan yang
sebenarnya anda boleh membawa kenderaan tersebut untuk diperiksa oleh
PUSPAKOM sebelum membelinya.
-
Anda dikehendaki mendaftarkan pertukaran milikan kenderaan di Pejabat
JPJ berkenaan dalam tempoh (7) hari dari tarikh kenderaan itu bertukar
tangan. Kegagalan anda berbuat demikian akan mengakibatkan anda boleh
didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dokumen yang diperlukan
untuk pertukaran pemilikan kenderaan
-
Pertukaran Milikan Kenderaan Penumpang Persendirian
-
Borang JPJ K3 yang ditandatangani oleh pemunya berdaftar (Penjual) dan
pemilik baru (Pembeli)
-
Salinan fotostat kad-kad pengenalan yang disahkan bagi penjual dan
pembeli atau salinan perakuan pendaftaran perniagaan/ syarikat.
-
Lampiran 'A' (Surat Pelepasan Tanggungan)
-
Perakuan pendaftaran kenderaan yang asal.
-
Surat pelepasan tuntutan hak milik (jika penjual telah mengambil
pinjaman kenderaan dari institusi kewangan)
-
Surat tuntutan hak milik (jika pembeli mengambil pinjaman kenderaan
dari institusi kewangan)
-
Nota perlindungan/polisi insurans atas nama pembeli
-
Bayaran
-
Pertukaran Milikan Kenderaan Perdagangan
Bagi pertukaran milikan kenderaan perdagangan, dokumen-dokumen seperti di
perenggan 4a (i) hingga (vii) adalah diperlukan. Selain daripada kehendak
ini penjual dan pembeli selanjutnya perlu mengambil langkah-langkah seperti
berikut :
Penjual
:
Penjual dikehendaki menyerahkan
dokumen-dokumen berikut untuk dibatalkan:
-
Lesen Kenderaan Perdagangan yang berkaitan dengan kenderaan
perdagangan yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan
Kenderaan Perdagangan (LPKP)
-
Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang masih sahlaku
-
Sekiranya kenderaan itu sebuah teksi atau kereta sewa pandu sendiri,
plat-plat pengenalan khas yang dikeluarkan kepada kenderaan-kenderaan itu.
Pembeli
:
Pembeli boleh menggunakan kenderaan yang
dimaksudkan itu sebagai kenderaan persendirian atau kenderaan perdagangan.
Sekiranya pembeli hendak menggunakan kenderaan itu sebagai kenderaan
perdagangan, ia perlu mengambil langkah-langkah berikut :
-
Mengemukakan surat kelulusan/lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga
Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
-
Tanda-tanda yang ditetapkan di badan kenderaan
-
Membawa kenderaan untuk pemeriksaan awalan di PUSPAKOM.
Nota : Sekiranya teksi atau kereta sewa hendak ditukarkan kegunaan
sebagai kenderaan penumpang persendirian, pembelian hendaklah menyelesaikan
duti kastam terlebih dahulu.
Bayaran
|
|
Semenanjung Malaysia |
|
|
|
|
|
|
i |
Semua kenderaan kecuali kenderaan orang cacat,
motosikal, motosikal 3 roda, traktor atau kenderaan perdagangan |
RM 100.00 |
|
ii |
Motosikal atau motosikal 3 roda |
RM 3.00 |
|
iii |
Jentera bergerak, traktor atau kenderaan perdagangan
|
RM 40.00 |
|
iv |
Kenderaan orang cacat |
PERCUMA |
|
v |
Kenderaan dikawal pejalan kaki |
PERCUMA |
|
|
|
|
|
|
Sabah |
|
|
|
|
|
|
i |
Semua kenderaan kecuali kenderaan orang cacat atau
motosikal |
RM 40.00 |
|
ii |
Motosikal |
RM 5.00 |
|
iii |
Kenderaan orang cacat |
PERCUMA |
|
iv |
Treler |
RM 20.00 |
|
|
|
|
|
|
Sarawak |
|
|
|
|
|
|
i |
Semua kenderaan kecuali kenderaan orang cacat atau
motosikal |
RM 40.00 |
|
ii |
Motosikal |
RM 20.00 |
|
iii |
Kenderaan orang cacat |
PERCUMA |
|
iv |
Treler
- 2 roda
- lebih dari 2
roda |
RM 10.00
RM 20.00 |
|
v |
Kenderaaan dikawal pejalan kaki |
PERCUMA |
|