|
PENDAFTARAN KENDERAAN
PERHATIAN
Di bawah Seksyen 7(1) dan (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tiada
seseorang pun boleh memiliki atau menggunakan sesuatu kenderaan motor melainkan
kenderaan itu telah didaftarkan. Kegagalan berbuat demikian adalah sesuatu
kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua ribu
ringgit.
Tindakan sebelum mendaftar kenderaan
Sebelum anda mendaftar kenderaan dengan JPJ,
anda hendaklah mengambil tindakan seperti berikut :
-
membayar duti
Kastam atau Eksais yang dikenakan ke atas kenderaan di mana berkenaan;
-
mendapatkan Lesen
Impot (AP) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
bagi kenderaan impot baru atau impot terpakai di mana berkenaan.
-
mendapatkan surat
kelulusan/lesen kenderaan perdagangan daripada Lembaga Perlesenan
Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi kenderaan yang akan didaftarkan sebagai
kenderaan perdagangan. Bagi kenderaan 'De-controlled' surat
kelulusan/lesen daripada LPKP tidak diperlukan.
-
membawa kenderaan
impot atau kenderaan perdagangan untuk diperiksa di PUSPAKOM.
Dokumen-dokumen yang diperlukan
A. Pendaftaran
Kenderaan Penumpang Persendirian Pemasangan Tempatan
-
Borang JPJK1 (perlu
diisikan dengan terang dan lengkap)
-
Kad Pengenalan (asal
atau salinan yang disahkan) atau Salinan Kad Pengenalan berserta Lampiran
'A' (Surat Pelepasan Tanggungan) atau Salinan Perakuan Pendaftaran
Perniagaan/Syarikat yang telah disahkan
-
Surat Perakuan
Pembuatan/Pemasangan (jika berkenaan)
-
Borang Eksais 7 (jika
berkenaan)
-
Surat kelulusan
nombor tender (jika berkenaan)
-
Surat jualan
-
Surat tuntutan hak
milik (jika berkenaan)
-
Surat kuasa oleh
pemohon yang ingin mendaftarkan kenderaan (jika diuruskan oleh wakil/agen)
-
Nota perlindungan/polisi
insurans
-
Bayaran (sila
rujuk bayaran)
B. Pendaftaran
Kenderaan Penumpang Persendirian, Impot Baru Atau Impot Terpakai.
-
Borang JPJ K1 (diisikan
dengan lengkap dan terang)
-
Kad Pengenalan (asal
atau salinan yang disahkan) atau Salinan Kad Pengenalan berserta Lampiran
'A' (Surat Perlepasan Tanggungan) atau Perakuan Pendaftar Perniagaan/Syarikat
yang telah disahkan
-
Borang Kastam (1
atau 8 atau 9) (untuk keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Kastam)
-
Lesen Impot (AP)
asal
-
Perakuan
Pendaftaran Asal (Certificate of Origin) bagi kenderaan impot
terpakai
-
Laporan
pemeriksaan kenderaan dari PUSPAKOM
-
Surat jualan
-
Surat kelulusan
nombor tender (jika berkenaan)
-
Surat tuntutan hak
milik (jika berkenaan)
-
Nota perlindungan/polisi
insurans
-
Surat Kuasa (jika
diuruskan oleh wakil/agen)
-
Bayaran (sila
rujuk bayaran)
C. Pendaftaran
Kenderaan Perdagangan
-
Borang JPJ K1 (diisi
dengan lengkap dan terang)
-
Perakuan
Pendaftaran Perniagaan/Syarikat atau
Memorandum & Articles of Association (Salinan yang disahkan)
-
Eksais 7 - untuk
kenderaan pemasangan tempatan (kecuali lori rigid dan penggerak utama dan
panel van/perakuan pembuatan/pemasangan)
-
Borang kastam 1
atau 8 atau 9 untuk kenderaan impot (untuk keterangan lanjut sila hubungi
Jabatan Kastam)
-
Laporan
pemeriksaan kenderaan dari PUSPAKOM
-
Sijil Timbang dari
PUSPAKOM
-
Surat kebenaran
membina badan kenderaan (bagi bas)
-
Sijil AVRF dan
penaksiran AVRF (bagi treler, separa treler, bas) kecuali bagi kenderaan
'De-controlled'
-
Surat kelulusan
LPKP/Lesen LPKP (Asal dan salinan)
-
Surat tuntutan hak
milik (jika berkenaan)
-
Surat jualan
-
Nota perlindungan/polisi insurans agen
-
Surat kuasa (sekiranya diuruskan oleh wakil/agen)
-
Bayaran (sila rujuk bayaran)
Nota: Kenderaan "De-controlled" ialah kenderaan barangan Berat
Dengan Muatan (BDM) 2,500 kg dan ke bawah yang digunakan untuk membawa
barangan pemilik kenderaan sendiri sahaja.
Bayaran pendaftaran
Semenanjung Malaysia
Kenderaan
penumpang persendirian
|
Motosikal (sama ada
didaftarkan atas nama individu atau syarikat) |
RM5.00 |
|
Motokar, van jeep, bas
yang didaftarkan atas nama individu
- tidak melebihi 1500 s.p.
- melebihi 1500 s.p. |
RM150.00
RM300.00 |
Kenderaan perdagangan
|
Kenderaan barangan, kenderaan
perkhidmatan awam |
RM60.00 |
Lain lain kelas kenderaan
|
i |
Jentera bergerak, traktor |
RM 60.00 |
|
ii |
Kenderaan dikawal pejalan kaki
|
RM 150.00 |
|
iii |
Kenderaan orang cacat |
PERCUMA |
Sabah
Kenderaan Penumpang
Persendirian atau Kenderaan Perdagangan
|
i |
Motosikal |
RM 5.00 |
|
ii |
Semua kenderaan kecuali motosikal,
kenderaan orang cacat atau treler |
RM 60.00 |
|
iii |
Kenderaan orang cacat |
PERCUMA |
Sarawak
Kenderaan Penumpang
Persendirian atau Kenderaan Perdagangan
|
i |
Motosikal |
RM 5.00 |
|
ii |
Semua kenderaan kecuali motosikal,
kenderaan orang cacat atau kenderaaan dikawal pejalan kaki |
RM 60.00 |
|
iii |
Treler
- 2 roda
- 4 roda |
RM 20.00
RM 40.00 |
|
iv |
Kenderaan dikawal pejalan
kaki |
RM 2.00 |
|
v |
Kenderaan orang cacat |
PERCUMA |
|