UJIAN MEMANDU
Pendahuluan
ujian
Ujian memandu perlu diadakan untuk menentukan kompetensi seseorang pemandu
sebelum ia dibenarkan memandu di atas jalanraya.
Bahagian-bahagian ujian
Ujian memandu dijalankan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan mengikut bahagian-bahagian seperti berikut :
Motokar dan motolori
|
Bahagian I |
Ujian Teori (bertulis/lisan)
untuk Panduan Jalanraya dan Pemanduan Berhemat. |
|
Bahagian II |
Ujian praktikal meletak
motokar/motolori secara masuk belok, mendaki bukit dan pusingan tiga
penjuru (dikecuali untuk motolori) |
|
Bahagian III |
Ujian memandu di atas
jalanraya |
Motorsikal
|
Bahagian I |
Ujian Teori (bertulis/lisan) |
|
Bahagian II |
Ujian Kecekapan menunggang motosikal iaitu
pusingan angka 8, meniti di atas simen 'plank test', (Kelas A dan C
dikecualikan) menunggang di antara 'kon', 'slalom test', brek kecemasan
dan menunggang di selekoh tajam 'crank course'. |
|
Bahagian III |
Ujian menunggang di jalanraya, termasuk
laluan tak rata bagi kelas B sahaja. |
Penetapan ujian bahagian 1
Semasa memohon penetapan ujian Bahagian I calon adalah dikehendaki
mengemukakan
-
Kad
Pengenalan atau salinannya
-
Sijil kehadiran kursus Kurikulum Baru Sekolah Memandu (KBSM) (JPJL2)
-
JPJL3 kad penetapan ujian Bahagian I, kad penetapan ujian boleh digunakan
untuk ujian Bahagian II dan III. Jika anda gagal , anda hendaklah membeli kad
penetapan ujian yang baru
Menjalani ujian
Untuk menduduki ujian, calon hendaklah
terlebih dahulu mendapatkan kad Penetapan Ujian JPJL3 bagi tarikh ujiannya
dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
i. Lesen Belajar Memandu
asal yang masih sah tempohnya. |
ii. Kad Pengenalan atau salinan. |
iii. Bayaran yang dikenakan sebanyak
RM10.00. |
Sekiranya tarikh ujian yang ditetapkan di atas
Kad Penetapan Ujian itu tidak dapat dipenuhi, seseorang calon boleh memohon
untuk meminda kepada tarikh baru tanpa bayaran di mana calon hanya berpeluang
meminda tarikh hanya sekali sahaja. Walau bagaimanapun sekiranya seseorang
calon itu gagal dalam sesuatu bahagian atau gagal hadir pada tarikh yang
ditetapkan, ia perlu mendapatkan Kad Penetapan Ujian baru sebelum menduduki
ujian ulangan. Calon-calon mestilah memegang lesen belajar memandu
sekurang-kurangnya 1 bulan dan menamatkan sekurang-kurangnya 16 jam kursus
praktikal sebelum dibenarkan untuk memohon ujian praktikal Bahagian II dan
III.
Tempoh sah ujian bahagian I
Tempoh sah
ujian Bahagian I ialah dua tahun, sementara tempoh sah ujian Bahagian II dan
Bahagian III ialah satu (1) tahun.
Keputusan ujian
Keputusan
ujian akan diberitahu dengan serta merta selepas ujian. Calon-calon yang
kandas dalam Bahagian I, II dan III hanya dibenarkan mengambil ujian semula
selepas 1 minggu daripada tarikh kandas. Sekiranya calon telah lulus
mana-mana bahagian ini dan ianya masih tidak membuat lesen dalam tempoh di
perenggan 5 tersebut calon dikehendaki mengambil ujian semula. Sekiranya ada
calon-calon yang terkilan di atas keputusan Bahagian II dan III mereka boleh
mengemukakan rayuan bertulis selewat-lewatnya sehari selepas gagal ujian.
Menambah kelas
Bagi calon-calon yang telah
memiliki lesen memandu kompeten bagi sesuatu kelas dan ingin menambah kelas
yang lain calon-calon adalah dikecualikan daripada menghadiri semula kelas
KBSM serta ujian Bahagian I.
|