|
LESEN MEMANDU
KOMPETEN
Permohonan lesen memandu
Permohonan lesen memandu
- Lesen Memandu
Percubaan Asal;
- 1 keping gambar warna
berukuran 25mm x 32mm
- Bayaran RM20.00 1
tahun (Kelas B) dan RM30.00 1 tahun (Kelas D)
- Lesen memandu baru boleh
dimohon bagi tempoh 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun.
PENGUMUMAN:
Bagi
permohonan untuk menukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu
Kompeten yang diterima dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh
percubaan, pertukaran dan pengeluaran lesen memandu kompeten adalah
dibenarkan bagi tempoh 1 tahun sahaja. Setelah dikenalpasti permohonan
adalah dari pemohon yang memohon dalam tempoh 7 hari sebelum tamat
tempoh percubaan, urusniaga pertukaran diteruskan dalam tempoh selama 1
tahun dan dikawal secara automatik oleh sistem komputer.
Memperbaharui lesen memandu
-
Pemegang lesen memandu tetap yang tidak
memperbaharui lesen memandunya selepas 3 tahun dikehendaki menduduki
semula ujian Bahagian I, II dan III selaras dengan Seksyen 29(1)(b),
Akta Pengangkutan Jalan, 1987.
Permohonan lesen memandu
Sekiranya lesen memandu asal hilang atau
rosak, JPJ Negeri akan mengeluarkan salinan lesen asal kepada pemohon
yang mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
Lesen
Hilang
- Laporan polis atau Surat Akuan Sumpah (bagi lesen hilang
sahaja);
- Borang JPJ L1
- 1 keping gambar
warna berukuran 25mm x 32mm;
- Salinan kad pengenalan; dan
- Bayaran RM20.00
Lesen
Rosak
-
Borang JPJ L1
- 1 keping gambar
warna berukuran 25mm x 32mm;
- Salinan kad pengenalan;
- Lesen memandu yang rosak; dan
- Bayaran RM20.
Menambah kelas di dalam lesen
Pemegang-pemegang lesen memandu kompeten
boleh menduduki ujian memandu bagi kelas-kelas selain daripada kelas
yang dicatatkan dalam lesen memandu kompeten. Selepas lulus ujian anda
boleh memohon untuk menambah kelas yang baru lulus di dalam lesen
memandu kompeten dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
- Lesen memandu tetap
asal yang masih sah tempohnya.
- Borang JPJ L1
- Sijil lulus untuk
kelas tambahan (JPJ L3)
- 1 keping gambar warna berukuran 25mm x
32mm;
- Lesen belajar memandu; dan
- Bayaran RM5.00
Pindaan butir butir memandu
Sekiranya ada sebarang pindaan dalam
lesen memandu kompeten, permohonan untuk membetulkannya boleh dibuat di
JPJ Negeri yang mengeluarkan lesen asal dengan mengemukakan
dokumen-dokumen seperti berikut :
- Lesen memandu tetap
yang asal
- 1 keping gambar warna berukuran 25mm x
32mm
- Borang JPJ L7
- Bayaran RM5.00 (dikecualikan bagi pindaan
alamat dan no. kad pengenalan baru)
|