|
PELEPASAN ASAP HITAM
KENDERAAN DIESEL DAN PENYELENGGARAAN ENJIN
Peruntukan undang undang
Peruntukan dalam Kaedah 3(1)
Kenderaan Bermotor (Control of Smoke And Gas Emission) Peraturan P.U.(A) 414/1977 yang
diperuntukkan di bawah Seksyen 57 Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan 1987 menetapkan:
-
Tiada sesiapa pun boleh menggunakan atau menyebabkan
penggunaan sesebuah kereta motor yang mana pelepasan asap melebihi 50 HSU"
-
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih
RM500 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama, denda
tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi satu bulan untuk kesalahan
berikutnya.
Pelepasan
asap hitam kenderaan diesel
-
Asap hitam ekzos yang dikeluarkan oleh enjin diesel ialah karbon
yang terbentuk semasa pembakaran bahan api dalam enjin dalam bentuk
jelaga.
-
Sebab-sebab yang memungkinkan enjin diesel mengeluarkan pelepasan
asap hitam berlebihan ialah:
-
Kerosakan injektor
-
Kemasukan udara terhalang
-
Timing injection cepat atau lewat
-
Bahanapi berlebihan
-
Bahanapi tidak sesuai
-
Tekanan pantulan ekzos berlebihan
-
Udara masuk terlalu panas
-
Kurang beban - tekanan rendah
-
Enjin beroperasi di bawah paras suhu yang sesuai
-
Kerosakan turbo charger
-
Cara-cara mengurangkan pelepasan asap hitam oleh enjin diesel:
ersihkan,
perbaiki atau mengganti injektor.
Servis atau ganti penapis udara sekiranya didapati
tersumbat atau kotor.
Periksa paip, saluran-saluran dan sambungan sekiranya ada
halangan dan kebocoran.
Tentukan timing injection menurut spesifikasi pengeluar enjin.
Kalibrasi dan tentukan injection pump dan injektor menurut
spesifikasi pengeluar enjin.
Tentukan gred dan nilai cetane bahanapi yang betul sebagaimana
yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.
Tentukan lokasi sistem kemasukan udara tidak berhampiran alat
bersuhu tinggi.
Tentukan tekanan penampatan menurut spesifikasi pengeluar kenderaan. Ini adalah untuk membantu pemeriksaan bagi kebocoran
gasket-gasket, tentukan injap yang betul atau bocor, omboh atau
gelang omboh yang bocor.
Periksa supaya suhu permulaan termostat enjin adalah betul.
Periksa turbo charger sekiranya tiada kerosakan (kekurangan
tekanan).
-
Penyelenggaraan dan servis kenderaan:
-
Buat penyelenggaraan dan servis mengikut masa yang disyorkan
oleh pengeluar kenderaan.
-
Menggunakan sistem penapis udara dengan betul, iaitu: gunakan
penapis udara yang diluluskan dan tentukan saluran masuk udara
tidak bocor atau terhalang.
-
Gunakan gred minyak enjin yang disyorkan oleh pengeluar
kenderaan.
-
Ganti penapis bahanapi pada masa yang disyorkan oleh pengeluar
kenderaan.
-
Sesuaikan kelegaan injap enjin pada masa yang ditetapkan
oleh
pengeluar kenderaan. Keluarkan injektor, periksa kebocoran, penambahan karbon dan
bersihkan pam bahanapi menurut yang disyorkan oleh pengeluar
kenderaan.
-
Bagi enjin yang dipasang dengan turbo charger, penyelenggaraan
terbaik ialah mengikut arahan untuk menghidupkan dan mematikan
enjin mengikut yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.
-
Memeriksa sistem ekzos untuk karatkikis dan halangan.
|