Bagaimana untuk menduduki ujian memandu?

JAWAPAN :

Ujian memandu dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan mengikut bahagian-bahagian seperti berikut :

 

 

     MOTOKAR DAN MOTORLORI

 

 

Bahagian I

Ujian Teori (bertulis/lisan) untuk Panduan Jalanraya dan Pemanduan Berhemat.

 

Bahagian II

Ujian praktikal meletak motokar/motolori secara masuk belok, mendaki bukit dan pusingan tiga penjuru (dikecualikan untuk motolori)

 

Bahagian III

Ujian memandu di atas jalanraya

   
    MOTORSIKAL

 

 

Bahagian I

Ujian Teori (bertulis/lisan)

 

Bahagian II

Ujian Kecekapan menunggang motosikal iaitu pusingan angka 8, meniti di atas simen 'plank test', (Kelas A dan C dikecualikan) menunggang di antara 'kon', 'slalom test', brek kecemasan dan menunggang di selekoh tajam 'crank course'.

 

Bahagian III

Ujian menunggang di jalanraya, termasuk laluan tak rata bagi kelas B sahaja.

   
 
Penetapan ujian bahagian I

Semasa memohon penetapan ujian Bahagian I calon adalah dikehendaki mengemukakan

  • Kad Pengenalan atau salinan

  • Sijil kehadiran kursus Kurikulum Baru Sekolah Memandu (KBSM) (JPJL2)

  • JPJL3 kad penetapan ujian Bahagian I, kad penetapan ujian boleh digunakan untuk ujian Bahagian II dan III. Jika anda gagal, anda hendaklah membeli kad penetapan ujian yang baru.

   
Menjalani ujian

Untuk menduduki ujian, calon hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kad Penetapan Ujian JPJL3 bagi tarikh ujiannya dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
 

i.   Lesen Belajar Memandu asal yang masih sah tempohnya.

ii.  Kad Pengenalan atau salinan.

iii. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM10.00.


Sekiranya tarikh ujian yang ditetapkan di atas Kad Penetapan Ujian itu tidak dapat dipenuhi, seseorang calon boleh memohon untuk meminda kepada tarikh baru tanpa bayaran di mana calon hanya berpeluang meminda tarikh hanya sekali sahaja. Walau bagaimanapun sekiranya seseorang calon itu gagal dalam sesuatu bahagian atau gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan, ia perlu mendapatkan Kad Penetapan Ujian baru sebelum menduduki ujian ulangan. Calon-calon mestilah memegang lesen belajar memandu sekurang-kurangnya 1 bulan dan menamatkan sekurang-kurangnya 16 jam kursus praktikal sebelum dibenarkan untuk memohon ujian praktikal Bahagian II dan III.

 
Tempoh sah ujian bahagian I

Tempoh sah ujian Bahagian I ialah dua tahun, sementara tempoh sah ujian Bahagian II dan Bahagian III ialah satu (1) tahun.

SOALAN :

Bagaimana untuk mendapatkan Sijil Kenderaan untuk sekolah memandu?

JAWAPAN :

SM3A diperlukan bagi setiap kenderaan yang digunakan untuk kelas memandu. Dokumen yang perlu dikemukakan kepada ahli jawatankuasa hendaklah melalui Pengarah JPJ Negeri:-

1. Lengkapkan borang SM3A (RM1.00)
2. Salinan permit Institut Memandu/Sekolah Memandu
3. Salinan sijil pengajar

SOALAN :

Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan Sijil Pengajar bagi sekolah memandu?

JAWAPAN :

Dokumen yang perlu dikemukakan kepada jawatankuasa hendaklah melalui Pengarah JPJ Negeri:-

  1. Lengkapkan borang SM2A (RM1.00)
  2. Salinan Lesen Memandu pemohon
  3. Salinan kad pengenalan pemohon
  4. 2 keping gambar warna berukuran paspot (25mm X 32mm)
  5. Surat sokongan daripada Institut Memandu atau Sekolah Memandu
  6. Lain-lain dokumen sokongan


 

Syarat-syaratnya:-
 
  1. Mestilah pemegang lesen memandu yang sah untuk kelas yang diperlukan.
  2. Mestilah pemegang lesen memandu untuk jangkamasa tidak kurang dari 5 tahun.
  3. Bebas dari segala kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan lain-lain akta.

SOALAN :

Bagaimana untuk mendapatkan permit sekolah memandu?

JAWAPAN :

Orang awam dialu-alukan untuk mengendalikan sekolah memandu sekiranya ada peluang. Untuk mengendalikan Institut Memandu, pemohon mestilah  Syarikat Sdn Bhd atau Syarikat Bhd.

Maklumat lanjut adalah seperti diiklankan.