JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

PELESENAN PEMANDU

PERMOHONAN TUKAR LESEN MEMANDU ASING KEPADA LESEN MEMANDU MALAYSIA

1

2

3

Permohonan untuk tukar Lesen Memandu Asing kepada Lesen Memandu Malaysia hendaklah dihantar kepada Bahagian Pelesenan Pemandu Ibu Pejabat JPJ Malaysia untuk mendapat kelulusan. Permohonan yang telah diluluskan, boleh memohon Lesen Memandu Malaysia melalui mana-mana Pejabat JPJ Negeri yang berhampiran.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Mengemukakan surat rayuan kepada Bahagian Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat JPJ Malaysia dengan mengemukakan alasan-alasan yang munasabah.

  • Mengemukakan salinan Kad Pengenalan/Pasport

  • Mengemukakan salinan Lesen Memandu

  • Mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong permohonan seperti salinan pengenalan, surat tahan penjara, laporan doktor dan lain-lain (sekiranya perlu)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Kad Pengenalan/Pasport (asal dan salinan)

  • Permit Kerja Asal dan salinan

  • Lesen Memandu Asing (negara berkenaan) yang asal dan salinan

  • Gambar warna 1 keping (Ukuran lesen memandu)

  • Surat Terjemahan Lesen memandu Asing dari Kedutaan yang berkenaan (sekiranya adalah di dalam bahasa selain daripada Bahasa Inggeris)

BAYARAN

  • Bayaran Proses Pertukaran sebanyak RM 20.00

 

SEBARANG PERTANYAAN

 

 BAHAGIAN PELESENAN PEMANDU

IBU PEJABAT

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

ARAS 3, BLOK D4 , PARCEL D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62620 PUTRAJAYA

TEL 03 88866400

FAX 03 88889645

1

2

3