JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

PELESENAN PEMANDU

PERMOHONAN RAYUAN MEMPERBAHARUI LESEN MEMANDU YANG TELAH TAMAT TEMPOH

1

2

3

Permohonan rayuan untuk memperbaharui Lesen Memandu yang telah tamat tempohnya boleh dikemukakan kepada Ibu Pejabat JPJ sahaja.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Mengemukakan surat rayuan kepada Bahagian Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat JPJ Malaysia dengan mengemukakan alasan-alasan yang munasabah.

  • Mengemukakan salinan Kad Pengenalan/Pasport

  • Mengemukakan salinan Lesen Memandu

  • Mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong permohonan seperti salinan pengenalan, surat tahan penjara, laporan doktor dan lain-lain (sekiranya perlu)

KEPUTUSAN RAYUAN

  • Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk meluluskan/menolak permohonan

  • Jika permohonan diterima,pemohon dikecualikan dari mengambil ujian Bahagian I. Namun demikian pemohon dikehendaki mengambil semula Bahagian II dan III tanpa melalui proses latihan semula.

  • Jika permohonan ditolak, pemohon dikehendaki mengambil semula ujian Bahagian I,II dan III seperti prosedur biasa.

  • Surat jawapan permohonan akan dihantar berdasarkan alamat daripada surat permohonan rayuan pemohon

SEBARANG PERTANYAAN

 

 BAHAGIAN PELESENAN PEMANDU

IBU PEJABAT

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

ARAS 3, BLOK D4 , PARCEL D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62620 PUTRAJAYA

TEL 03 88866400

FAX 03 88889645

1

2

3