BREK GAGAL
BERFUNGSI
-
Seseorang
pemandu menekan injap brek, tetapi injak brek terus menyentuh
lantai.
-
Pamkan
injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
-
Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear
rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk
memperlahankan kenderaan
-
Sekiranya,
brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam
atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera
carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang
dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
-
Gunakan
hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan
penjalan kaki.
KENDERAAN
TERBABAS
-
Sekiranya
bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan
segera dan tekan brek.
-
Pusingkan
stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
-
Jangan
gunakan brek dalam keadaan ini
PEMECUT
TERLEKAT
-
Jika
Jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan
hujung kasut anda.
-
Sekiranya
tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba
memberhentikan kenderaan.
-
Pegang
stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin
dimatikan. Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak
pemecut yang rosak kalau gagal hubungi “mekanik”.
BONET
TERBUKA
·
Brek
beransur-ansur
·
Naik
ke atas bahu Jalan.
·
Lihat
melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
·
Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan
digerakkan.
|
TAYAR
PECAH
-
Pegang
stereng dengan erat.
-
Jika
tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu
membelok ke kiri dan ke kanan.
-
Brek
perlahan-lahan dan berhati-hati.
-
Brek
dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
-
Naik ke
atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk
menukar tayar.
-
Jangan
tukar tayar di kawasan bahaya.
-
Nyalakan
lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar
pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.
LAMPU HADAPAN
KENDERAAN TERPADAM
-
Kejadian
ini akan menghadkan pandangan anda.
-
Pegang
kan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek
segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
-
Naik ke
atas bahu Jalan jauh dari aliran lalu lintas.
-
Hentikan
kenderaan dengan segera.
-
Nyalakan
lampu kecemasan. Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk
memberi amaran kepada pengguna Jalan raya yang lain agar lebih
berhati-hati.
KENDERAAN
TERBAKAR
·
Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik.
·
Hentikan kenderaan dengan segera.
·
Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
·
Buka
bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh.
·
Gunakan alat pemadam.
·
Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan
segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan minta
bantuan pihak bomba
|
TERPAKSA
BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA
-
Berikan
isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
-
Lampu
hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan.
-
Nyalakan
lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
-
Jika
kenderaan berhenti di selekoh, dipuncak bukit atau kawasan bahaya,
keluarkan penumpang jauh dari aliran lalulintas.
-
Pastikan
alat-alat kecemasan diletakkan dlam jarak 5 meter di belakang
kenderaan.
- Angkat
bonet dan dapatkan bantuan.
CERMIN
HADAPAN PECAH
-
Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti ditempat
yang selamat.
-
Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan
kaca atas gebar atau kain tersebut.
-
Lindungi
mata dengan memakai kaca mata.
-
Gantikan
cermin hadapan yang pecah dengan segera.
MENGHADAPI
SESUATU KEMALANGAN
-
Had laju
yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu Jalan
disebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya. Bunyikan hon dan
nyalakan lampu hadapan.
-
Jangan
cuba membelok kesebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin
terkejut dan melanggar anda.
“Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelakkan
kemalangan”
SEBARANG
PERTANYAAN
IBU
PEJABAT
JABATAN
PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
ARAS 2,
BLOK D4, PARCEL D
PUSAT
PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62620
PUTRAJAYA
TEL : 03
88866400
FAX : 03
88889645 |