JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

PENGUATKUASAAN

PANDUAN MENJAWAB NOTIS TUNJUK SEBAB DI BAWAH SISTEM KEJARA

1

2

3

Mana-mana pesalah KEJARA yang dikenakan Notis Tunjuk Sebab hendaklah menjawab Notis tersebut dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tersebut

 

PANDUAN MENJAWAB NOTIS TUNJUK SEBAB

 

Mengemukakan jawapan/surat serta memastikan perkara berikut lengkap

  1. Nama

  2. Alamat Terkini

  3. Tarikh Surat

  4. Tandatangan

Mengemukakan salinan dokumen seperti berikut

  1. Kad Pengenalan (depan dan belakang)

  2. Lesen Memandu

  3. Notis Tunjuk Sebab

Sekiranya kesalahan dilakukan oleh pemandu lain selain daripada pemilik kenderaan berdaftar,sila sertakan dokumen berikut :

  1. Surat akuan bersumpah daripada pemandu yang melakukan kesalahan yang mendapat pengesahan dari Pejabat Pesuruhjaya Sumpah atau Mahkamah

  2. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang) pemandu yang membuat Surat Akuan Bersumpah

  1. Salinan Lesen Memandu (depan dan belakang) pemandu yang membuat surat Akuan Bersumpah

  2. Dokumen lain yang berkaitan.

 

KEPUTUSAN JAWAPAN NOTIS TUNJUK SEBAB DARIPADA KETUA PENGARAH

 

Jawapan/surat yang lengkap sahaja akan diproses oleh Urusetia Kejara.

Keputusan dari Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan adalah seperti berikut :

  1. Amaran

          Pesalah dibenarkan memperbaharui lesen

          memandu setelah mata demerit dilupuskan

  1. Amaran dan pindah mata demerit

          Pesalah dibenarkan memperbaharui lesen

          meman setelah mata demerit dilupuskan.

          Mata demerit akan dipindah kepada

          pemandu yang melakukan kesalahan

          berdasarkan Surat Akuan Bersumpah

  1. Amaran dan pindah mata demerit

         Pesalah diminta menghadiri Kursus

         Peningkatan Etika Pemandu(PEP)

         Pelupusan Mata Demerit dilakukan setelah

         pesalah menghadiri kursus dengan lengkap

  1. Rayuan ditolak

         Rayuan tidak diterima dan pesalah KEJARA

         hendaklah menyerahkan Lesen Memandu

         Percubaan untuk dibatalkan dan CDL untuk

         digantung berkuat kuasa pada tarikh

         penyerahan lesen memandu

 

Sekiranya pesalah tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, surat rayuan boleh dikemukakan kepada Y.N Menteri Pengangkutan

 

 

ALAMAT SURAT RAYUAN

 

URUSETIA KEJARA

BAHAGIAN PENGUATKUASA

IBU PEJABAT JPJ

ARAS 2, BLOK D4, PARCEL D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62620 PUTRAJAYA

1

2

3