Make your own free website on Tripod.com

KENDERAAN ANTIK DAN KLASIK

 

Kriteria kelayakan
 

Sebelum sesuatu kereta mendapat kelayakan, ia perlu menjalani pemeriksaan. Ia mesti memenuhi salah satu dari kriteria di bawah:

Kereta Antik  : Kereta yang berusia lebih 50 tahun dari tahun ia dikeluarkan.
Kereta Klasik : Kereta yang berusia lebih 25 tahun dari tahun ia dikeluarkan.

  • Badan kereta mestilah yang asli daripada pengeluar kenderaan tersebut.

  • Berada dalam keadaan baik dan selamat, penjagaan dan mempunyai harga pasaran. 

  • Tidak boleh digunakan untuk kegunaan seharian.

  • Enjin kereta dan nombor casis tidak pernah ditukar atau diganti.

  • Meningkatupaya pendawaian elektrik, brek, sistem minyak untuk tujuan keselamatan dan penggunaan adalah dibenarkan.

  • Tidak semua jenis dan pembuat layak mendapat status ini. 

  • Keputusan terakhir untuk medapatkan status klasik/antik bergantung kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan. 

  • Permohonan untuk mendapatkan status ini boleh di alamatkan kepada :

Bahagian Teknik,
Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel: 03-88866693

Atau di mana-mana bahagian penguatkuasa JPJ negeri.

Semua permohonan mesti dilengkapi dengan dokumen berikut:

  • Surat pendaftaran kenderaan (salinan dan asal).

  • Surat pendaftaran kenderaan pemilik selain dari kenderaan yang hendak dipohon.

  • Salinan kad pengenalan pemohon.

  • Minima 4 keping gambar kenderaan dari pandangan depan, belakang, pandangan sisi dan pandangan dari stesen.

Keutamaan akan diberikan kepada ahli Royal Malaysian Vintage and Classic Car Club.

Pemohon dikehendaki membawa bersama kenderaan dan dokumen yang diperlukan untuk diperiksa di mana-mana pejabat JPJ.
Pemeriksaan akan difokuskan kepada keaslian kereta tersebut.

Panduan pemeriksaan akan di buat berdasarkan:

  1. Enjin dan nombor casis adalah sama seperti yang tercatat dalam surat pendaftaran.

  2. Pemeriksaan untuk keaslian termasuk :

  • Enjin asal;
  • Casis asal;

  • Rekabentuk asal;

  • Transmisi asal;

  • Suspensi asal;

  • Pemacuan roda depan dan belakang yang asal;

  • Nombor pendaftaran asal;

  • Rim dan stereng asal

Kenderaan yang layak untuk status akan diberikan sijil kelayakan yang membolehkan potongan cukai jalan seperti berikut:

Kenderaan Antik - 90% daripada harga sebenar cukai jalan

Kenderaan Klasik - 80% daripada harga sebenar cukai jalan