Make your own free website on Tripod.com

CERMIN GELAP

 

Penjagaan Cermin

Sebarang cermin atau bahan lutsinar yang dipasang di kenderaan bermotor mestilah tidak menghalang pandangan pemandu ketika kenderaan yang dipandu berada di atas jalan raya.

Langsir dan Sebagainya.

Langsir atau segala pelindung matahari tidak boleh dipasang atau digunakan oleh kenderaan bermotor untuk melindung pandangan dalam kereta. Ianya juga tidak boleh digunakan untuk bas atau caravan. Menggunakan langsir atau bahan pelindung matahari yang lain di sebelah kiri atau kanan pemandu adalah tidak dibenarkan. Meskipun begitu, pemasangan penghalang matahari yang telah siap dipasang oleh pengeluar kenderaan tersebut adalah dibenarkan.

Larangan Pemasangan Cermin Gelap.

Cermin hadapan kenderaan bermotor tidak dibenarkan untuk digelapkan, mencemarkan, diselaputi bahan nipis, disembur, ditampal atau lain-lain ancaman atau gabungan bahan kimia atau benda pejal yang tidak dibenarkan untuk cermin hadapan yang mana ianya mestilah boleh ditembusi cahaya sekurang-kurangnya 70 peratus. Selain daripada itu, cermin hadapan juga tidak boleh dilindungi lebih daripada 20 peratus daripada panjang cermin hadapan kenderaan.