Make your own free website on Tripod.com

 TANGGUNGJAWAB SETIAP BAHAGIAN
 

   

Bahagian Pengurusan  

 

Bertangungjawab dalam menguruskan hal berkaitan pengurusan sumber manusia dan disiplin kakitangan.
 

 

Bahagian Kewangan

 

Bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan, bajet, pungutan hasil, pembangunan fizikal dan pengurusan stor. 
 

 

Bahagian Penguatkuasaan

 

Bertanggungjawab dalam memastikan semua kenderaan bermotor, pemandu dan pemegang lesen mematuhi peraturan seperti yang tercatat dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Kenderaan Perdagangan 1987. Bahagian ini juga berfungsi sebagai sekreteriat sistem KEJARA dan Majlis Keselamatan Jalanraya (MKJR).
 

 

Bahagian Pendaftaran dan Perlesenan 

 

Bertanggungjawab dalam memastikan semua kenderaan bermotor adalah berdaftar dan berlesen dan semua pemegang lesen berhemah.
 

 

Bahagian Teknologi Maklumat

 

Bertanggungjawab dalam merancang dan menguruskan aktiviti teknologi maklumat JPJ melalui satu sistem perkomputeran.
 

 

Bahagian Teknikal

 

Bertanggungjawab dalam memastikan penetapan piawaian kenderaan dan mengawal serta menyelia kualiti pemeriksaan kenderaan yang dikendalikan oleh PUSPAKOM.
 

 

Bahagian Inspektorat dan Audit Dalaman

 

Bertanggungjawab untuk aktiviti penyiasatan dalam memastikan prosedur dan Arahan Jabatan dilaksanakan mengikut piawaian dan kehendak.
 

 

Bahagian Korporat dan Penyelidikan 

 

Bertangungjawab dalam pengurusan kualiti, perhubungan awam dan akademi latihan.