LESEN
BELAJAR MEMANDU (LDL)
Permohonan lesen belajar memandu baru Memperbaharui lesen belajar memandu
Permohonan
salinan lesen belajar memandu
Motorsikal dan kenderaan orang cacat - 16 tahun Motokar - 17 tahun Kenderaan perdagangan, traktor, jentera berat
Permohonan lesen belajar memandu baru
Dokumen diperlukan: JPJL2B Sijil kehadiran kursus praktikal asas selama 6 jam di Institut Memandu (kecuali untuk kelas F, G, H dan I). JPJL2B Sijil sah selama satu tahun bermula dari tarikh sijil dikeluarkan. Lengkapkan borang JPJL1 Salinan kad pengenalan Kad ujian JPJL3 & slip keputusan ujian untuk bahagian I Sekeping gambar warna berukuran paspot (25mm x 32mm) Bayaran : RM20.00 untuk 3 bulan (RM40.00 untuk 6 bulan) bagi kelas A, B & C, dan RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) untuk kelas D dan ke atas.
Memperbaharui lesen belajar memandu
Dokumen diperlukan: Lesen Belajar Memandu yang asal Bayaran - RM20.00 untuk 3 bulan (RM40.00 untuk 6 bulan) bagi kelas A, B & C, dan RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D dan ke atas Lokasi - di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan dan Pejabat Pos yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Nota: Lesen Belajar Memandu hanya sah sehingga dua tahun sahaja bermula dari tarikh dikeluarkan, selepas dari tarikh itu pemohon dikehendaki mengambil semula ujian bahagian I.
Permohonan salinan lesen belajar memandu
Dokumen diperlukan : Laporan polis atau surat sumpah (bagi kes kehilangan PDL) Kerosakan Lesen Belajar Memandu (bagi kes PDL rosak) Borang JPJL1 Sekeping gambar warna berukuran paspot (25mm x 32mm) Salinan kad pengenalan Bayaran RM10.00
|