Make your own free website on Tripod.com

RANCANG PERJALANAN DAN SELAMAT MEMANDU

 

 

Perjalanan melalui jalan raya di Malaysia sungguh menyeronokkan sekali. Pemandangannya yang indah amat memukaukan para pemandu terutama pelancong semasa di dalam perjalanan. Untuk menentukan keselamatan dalam perjalanan sematkan di hati anda perkara-perkara berikut:

 

Memandu Ketika Mengantuk Adalah Bahaya

 

Setiap tahun beribu-beribu pengguna jalan raya di Malaysia terbunuh atau cedera parah akibat memandu dalam keadaan mengantuk atau tertidur ketika memandu. Pemandu boleh hilang daya pengamatannya jika terlalu penat dan sekelip mata yang terlelap itu boleh mengakibatkan tragedi. Tiada cara lain untuk mengelakkan dari keletihan atau mengantuk selain dari berhenti rehat dan tidur untuk seketika.


Tanda-Tanda Rasa Mengantuk
 

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda ini, besar kemungkinan anda akan mudah terdedah kepada kemalangan. Pastikan anda mengambil langkah-langkah yang wajar apabila anda merasai tanda-tanda seperti berikut:-
 

  • Pedih mata atau berat mata.

  • Berangan-angan.

  • Lambat bertindak.

  • Kaku atau tegang urat (cramps).

  • Keletihan seluruh badan.

  • Penukaran gear lemah.

  • Bertambah kelajuan atau berkurangan kelajuan.

  • Telinga berdesing atau berdengung.
     

Bagaimana Hendak Mengelakkan Mengantuk Sebelum Perjalanan Anda
 

1. Rancang perjalan anda, ia satu usaha yang amat bijak dan berharga.
2. Mulakan perjalanan jauh di waktu pagi, selepas anda mendapat tidur yang secukupnya.
3. Pastikan anda berada di dalam keadaan cergas dan bertenaga.
4.

Jangan minum minuman keras atau mengambil ubat yang mengakibatkan mengantuk sebelum atau sewaktu dalam perjalanan.

5. Mulakan perjalanan anda dalam suasana yang ceria.


 

Dalam Perjalanan....
 

1. Tenangkan fikiran anda ketika memandu.
2. Tutup penghawa dingin dan turunkan cermin untuk mendapatkan udara segar.
3. Bercakap-cakap dengan penumpang sambil betulkan kedudukan badan.
4. Kunyah gula-gula atau makanan ringan.
5.

Amalkan memandu secara bergilir-gilir sekiranya anda mempunyai kawan yang mempunyai   lesen memandu.

6. Elakkan memandu ketika anda terlalu kenyang atau lapar.
7.

Amalkan berhenti rehat di kawasan rehat yang disediakan setiap dua jam perjalanan bagi membolehkan anda  merehatkan badan dan membuat senaman ringan.

 

Jangan paksa diri anda untuk meneruskan perjalanan jika masih terdapat tanda-tanda mengantuk.

 

Jika anda telah mengikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan tadi dan anda masih gagal menghilangkan rasa mengantuk, hanya satu jawapan sahaja iaitu anda mesti mencari tempat yang sesuai dan selamat untuk berehat dan pastikan anda tidur secepat mungkin.

 

Ikutilah langkah-langkah ini, semoga anda selamat dan bergembira dalam perjalanan menuju ke destinasi anda.

 

.... Selamat Memandu ....