LESEN MEMANDU PERCUBAAN

 

Kelas kelas PRB

Permohonan untuk PRB

Permohonan untuk salinan PRB

Penambahan kelas

Menambah maklumat

Penukaran lesen memandu asing kepada PRB Malaysia

Permohonan untuk lesen memandu CDL

Pemandu percubaan

Semua pemandu baru akan diberikan lesen memandu percubaan dan ia berkuatkuasa selama tempoh percubaan dua tahun sebelum diberikan lesen memandu kompeten.
 

Semasa tempoh ini pemandu dikehendaki memaparkan plat"P" di atas kiri cermin depan dan belakang. Bagi motorsikal pulak dikehendaki memaparkan di bahagian bawah lampu utama dan di bahagian atas atau bawah lampu di sebelah belakang. Lain-lain syarat bagi pemandu percubaan ialah : 
 

i) memastikan kandungan alkohol di dalam pernafasan, darah atau air kencing pada aras 0.00

ii) setiap masa membawa lesen memandu percubaan

   

Sesiapa sahaja yang gagal memaparkan plat "P" dalam apa jua keadaan, boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 dan penjara 3 bulan untuk kesalahan pertama. Kegagalan memaparkan plat "P" akan diberi 10 mata penalti di bawah mata demerit KEJARA dan 5 mata bagi kesalahan (i) dan (ii), pemandu percubaan yang mempunyai 10 mata akan digantung lesen. Pemandu baru kelas E, E1 dan E2 dikehendaki mempunyai lesen kelas D dahulu dan menjalani percubaan selama dua tahun.


 
 

 

 

 

 

Kelas PRB  

A
-
Kenderaan orang cacat (berat tidak melebihi 250 kg)
B
-
Motorsikal (Solo)
 
B
  Lebih dari 500 cc
 
B2
  Tidak lebih dari 500 cc
C
-
Motorsikal tiga roda .
D
-
Motokar (berat tidak melebihi 3000 kg)
E
-
Motokar
 
E
  berat melebihi 7500 kg
 
E1
  berat tidak melebihi 7500 kg
 
E2
  berat tidak melebihi 5000 kg
F
-
Traktor / jentera bergerak ringan (beroda) tidak melebihi 5000 kg
G
-
Traktor / jentera bergerak ringan (berantai)tidak melebihi 5000 kg
H
-
Traktor / jentera bergerak berat (beroda) melebihi 5000 kg
I
-
Traktor / jentera bergerak berat (berantai) melebihi 5000 kg

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pemohonan untuk PRB
 

Dokumen diperlukan :

    Borang JPJL1 yang lengkap 
    Kad ujian memandu bahagian I, II dan III - JPJL3
    Lesen belajar memandu (PDL)
    Gambar pasport berwarna (25mm x 32mm)
    Bayaran RM60.00 untuk kelas D, F, G, H, I dan RM 40.00 untuk kelas  A, B, B1, B2, C
Syarat-syarat - Permohonan untuk lesen PRB mesti dibuat dalam tempoh masa tidak lebih dari 1 tahun selepas berjaya dalam bahagian I, II dan III.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
Permohonan untuk salinan PRB

 

Dokumen diperlukan :

    Untuk kehilangan PRB
    Laporan polis atau surat sumpah dari majistret 
    BorangJPJL1 yang lengkap
    Gambar paspot berwarna (25mm x 32mm)

    Salinan kad pengenalan 

    Bayaran RM20.00 

    Untuk PRB yang rosak 
     
    • Borang JPJL1 yang lengkap
    • Lesen yang rosak
    • Gambar paspot berwarna ( 25mm x 32 mm )
    • Salinan kad pengenalan
    • Bayaran RM 20.00

    • Bayaran RM 20.00 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Penambahan kelas 
 

Kelayakan : 

Selepas lulus kelas yang dikehendaki . 

Dokumen diperlukan:

    Lesen Memandu Percubaan (PRB)
    Lesen belajar memandu  (LDL)
    Borang JPJL1 yang lengkap
    Kad ujian bahagian I, II dan III (JPJL3)
    Gambar paspot berwarna (25mm x 32mm)
    Bayaran RM5.00

 
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Menambah maklumat
 

Dokumen diperlukan:

    Lesen memandu percubaan
    Gambar paspot berwarna  (25mm x 32mm)
    Borang JPJL7 yang lengkap 
    Bayaran RM5.00 (tidak dikenakan untuk perubahan alamat atau kad pengenalan) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
     
     
      
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
Penukaran lesen memandu asing kepada PRB Malaysia 

 

Situasi 1. Pemegang lesen memandu domestik dari negara yang mempunyai perjanjian dengan Kerajaan Malaysia. Dokumen diperlukan :

    Lesen memandu asing serta salinan 
    Terjemahan (jika selain daripada Bahasa Inggeris) dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh kedutaan negara pengeluar lesen
    Gambar paspot berwarna  (25mm x 32mm)
    Paspot antarabangsa/dokumen perjalanan
    Bayaran RM60.00 untuk 2 tahun
    Borang JPJL1 yang lengkap 
Situasi 2. Pemegang lesen sah yang tidak termasuk dalam negara yang mempunyai perjanjian dengan Kerajaan Malaysia tetapi merupakan ahli yang memeterai perjanjian Geneva Bangsa Bersatu mengenai jalan dan pengangkutan (1949 and 1968) boleh memohon kepada Ketua Pengarah JPJ untuk dikecualikan daripada ujian berdasarkan kriteria-kriteria di bawah  :
Warganegara 
    Warganegara yang pulang dari luar negeri (belajar, bekerja dan sebagainya )
    Dokumen diperlukan :
    Borang permohonan 'Lampiran B2' yang lengkap
    Salinan sah lesen memandu negara asing 
    Terjemahan (jika selain daripada Bahasa Inggeris) dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh kedutaan negara pengeluar lesen 
  • Salinan kad pengenalan 
Bukan warganegara 
    Tempoh sah permit kerja lebih dari setahun daripada Jabatan Imigresen.
    Pasangan atau anak pemohon mestilah mempunyai pas melebihi satu tahun daripada Jabatan Imigresen. 
    Pasangan rakyat Malaysia yang terdiri dari Warga Asing mestilah mempunyai taraf penduduk tetap bagi membolehkan ia layak untuk memohon.

    Dokumen diperlukan :

    Borang permohonan 'Lampiran B2' yang lengkap
    Salinan sah lesen memandu negara asing
    Salinan paspot atau permit kerja

    Terjemahan (jika selain daripada Bahasa Inggeris) dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh kedutaan negara pengeluar lesen

Nota : Warga Asing yang mempunyai permit kerja atau pas kerja sementara kurang daripada satu tahun atau pas lawatan sosial tidak layak untuk memohon.

Bagi pemohon yang layak, sila hantar permohonan terus kepada :

    Ketua Pengarah,

    Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
    Level 1 - 5 , Block D4 , Parcel D 

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62520 PUTRAJAYA
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan dan dikehendaki membayar RM 20.00 (yuran proses) dan ditambah dengan yuran pengeluaran lesen sebanyak RM 60.00 yang mana hendaklah dihantar bersama-sama dengan dokumen berikut ke pejabat JPJ negeri. 
    Lesen Memandu Asing dan salinannya
    Terjemahan (jika selain daripada Bahasa Inggeris) dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh kedutaan negara pengeluar lesen.
    Sekeping gambar paspot berwarna (25mm x 32mm)
    Paspot Antarabangsa/Dokumen Perjalanan
    Lengkapkan borang JPJL1
    Surat kelulusan daripada Pengarah JPJ

 
 
 
 
 
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Permohonan untuk lesen memandu CDL

Dokumen diperlukan :
  • Lesen Memandu Sementara asal (PRB)
  • Sekeping gambar warna berukuran pasport ( 25mm x 32mm )
  • Bayaran mengikut kelas
  •  
Syarat-syarat : Pembaharuan dan pengeluaran Lesen Memandu Kompeten (CDL) untuk tempoh satu (1) tahun hanya akan dibenarkan 7 (tujuh) hari sebelum tamat tempoh Lesen Memandu Percubaan (PRB). Pembaharuan transaksi untuk tempoh satu (1) tahun akan dilakukan secara automatik oleh sistem komputer JPJ apabila permohonan diluluskan.