Make your own free website on Tripod.com

 

Pengurangan lesen kenderaan motor (LKM) bas pekerja sebanyak 50%

Pengecualian cukai jalan ke atas kereta, van, motosikal buatan tempatan dimiliki oleh orang kurang upaya

Pengecualian cukai jalan ke atas motosikal berkapasiti tidak melebihi 150CC

 

 

Pengurangan lesen kenderaan motor (LKM) bas pekerja sebanyak 50%

  • Berkuatkuasa pada 17 September 2003

  • Mengemukakan perakuan pendaftaran, lesen pembawa dan nota perlindungan insuran

  • Mengemukakan laporan pemeriksaan berkala

Mana-mana pemohon yang mengemukakan lesen pembawa asal (permit ) bagi kilang maka pemohon hendaklah merujuk kepada LPKP wilayah berkenaan untuk dibuat pertukaran status permit daripada bas kilang kepada bas pekerja.

 

 

Pengecualian cukai jalan ke atas kereta, van, motosikal buatan tempatan dimiliki oleh orang kurang upaya

  • Berkuatkuasa pada 17 September 2003

  • Takrif kenderaan tempatan

    • Proton

    • Perodua

    • Naza

    • Modenas

  • Syarat-syarat pengecualian

    1. Pemohon hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan perlu mengemukakan kad keahlian dan surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat semasa mengemukakan permohonan

    2. Kenderaan yang dipohon adalah kenderaan buatan tempatan

    3. Hanya sebuah (1) kenderaan yang dimiliki oleh orang kurang upaya pada satu-satu masa sahaja layak diberi pengecualian

  • Bagi kereta, van dan motosikal buatan tempatan yang telah dimiliki oleh orang kurang upaya tetapi tidak dikategorikan di bawah seksyen 5(1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, bayaran LKM adalah dikecualikan tetapi mereka perlu membayar sebanyak RM 2.00 setelah mengambil kira kos pengeluaran disk LKM tersebut. Walaubagaimanapun mereka masih perlu mempunyai perlindungan insuran yang sah iaitu sekurang-kurangnya insuran pihak ketiga bagi setiap permohonan LKM.

  • Proses pembaharuan hanya boleh dibuat di Pejabat JPJ sahaja.

 

Pengecualian cukai jalan ke atas motosikal berkapasiti tidak melebihi 150CC

  • Berkuatkuasa pada 13 September 2003

  • Pembaharuan hanya boleh dibuat di Pejabat JPJ sahaja buat masa kini

  • Dokumen yang diperlukan

    • kad perakuan pendaftaran asal motosikal berkenaan

    • nota perlindungan insuran dengan tempoh kuatkuasa

    • bayaran RM 2.00