Make your own free website on Tripod.com

PENDAFTARAN KENDERAAN

 

PERHATIAN

Di bawah Seksyen 7(1) dan (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tiada seseorang pun boleh memiliki atau menggunakan sesuatu kenderaan motor melainkan kenderaan itu telah didaftarkan. Kegagalan berbuat demikian adalah sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.

 
 
Tindakan sebelum mendaftar kenderaan

 

Sebelum anda mendaftar kenderaan dengan JPJ, anda hendaklah mengambil tindakan seperti berikut :

  1. membayar duti Kastam atau Eksais yang dikenakan ke atas kenderaan di mana berkenaan;

  2. mendapatkan Lesen Impot (AP) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi kenderaan impot baru atau impot terpakai di mana berkenaan.

  3. mendapatkan surat kelulusan/lesen kenderaan perdagangan daripada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi kenderaan yang akan didaftarkan sebagai kenderaan perdagangan. Bagi kenderaan 'De-controlled' surat kelulusan/lesen daripada LPKP tidak diperlukan.

  4. membawa kenderaan impot atau kenderaan perdagangan untuk diperiksa di PUSPAKOM.

 

Dokumen-dokumen yang diperlukan

 

A. Pendaftaran Kenderaan Penumpang Persendirian Pemasangan Tempatan

  1. Borang JPJK1 (perlu diisikan dengan terang dan lengkap)

  2. Kad Pengenalan (asal atau salinan yang disahkan) atau Salinan Kad Pengenalan berserta Lampiran 'A' (Surat Pelepasan Tanggungan) atau Salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Syarikat yang telah disahkan

  3. Surat Perakuan Pembuatan/Pemasangan (jika berkenaan)

  4. Borang Eksais 7 (jika berkenaan)

  5. Surat kelulusan nombor tender (jika berkenaan)

  6. Surat jualan

  7. Surat tuntutan hak milik (jika berkenaan)

  8. Surat kuasa oleh pemohon yang ingin mendaftarkan kenderaan (jika diuruskan oleh wakil/agen)

  9. Nota perlindungan/polisi insurans

  10. Bayaran (sila rujuk bayaran)

B. Pendaftaran Kenderaan Penumpang Persendirian, Impot Baru Atau Impot Terpakai.

  1. Borang JPJ K1 (diisikan dengan lengkap dan terang)

  2. Kad Pengenalan (asal atau salinan yang disahkan) atau Salinan Kad Pengenalan berserta Lampiran 'A' (Surat Perlepasan Tanggungan) atau Perakuan Pendaftar Perniagaan/Syarikat yang telah disahkan

  3. Borang Kastam (1 atau 8 atau 9) (untuk keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Kastam)

  4. Lesen Impot (AP) asal

  5. Perakuan Pendaftaran Asal (Certificate of Origin) bagi kenderaan impot terpakai

  6. Laporan pemeriksaan kenderaan dari PUSPAKOM

  7. Surat jualan

  8. Surat kelulusan nombor tender (jika berkenaan)

  9. Surat tuntutan hak milik (jika berkenaan)

  10. Nota perlindungan/polisi insurans

  11. Surat Kuasa (jika diuruskan oleh wakil/agen)

  12. Bayaran (sila rujuk bayaran)

C. Pendaftaran Kenderaan Perdagangan

  1. Borang JPJ K1 (diisi dengan lengkap dan terang)

  2. Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Syarikat atau Memorandum & Articles of Association (Salinan yang disahkan)

  3. Eksais 7 - untuk kenderaan pemasangan tempatan (kecuali lori rigid dan penggerak utama dan panel van/perakuan pembuatan/pemasangan)

  4. Borang kastam 1 atau 8 atau 9 untuk kenderaan impot (untuk keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Kastam)

  5. Laporan pemeriksaan kenderaan dari PUSPAKOM

  6. Sijil Timbang dari PUSPAKOM

  7. Surat kebenaran membina badan kenderaan (bagi bas)

  8. Sijil AVRF dan penaksiran AVRF (bagi treler, separa treler, bas) kecuali bagi kenderaan 'De-controlled'

  9. Surat kelulusan LPKP/Lesen LPKP (Asal dan salinan)

  10. Surat tuntutan hak milik (jika berkenaan)

  11. Surat jualan

  12. Nota perlindungan/polisi insurans agen

  13. Surat kuasa (sekiranya diuruskan oleh wakil/agen)

  14. Bayaran (sila rujuk bayaran)

Nota: Kenderaan "De-controlled" ialah kenderaan barangan Berat Dengan Muatan (BDM) 2,500 kg dan ke bawah yang digunakan untuk membawa barangan pemilik kenderaan sendiri sahaja.

 

 

Bayaran pendaftaran

 

Semenanjung Malaysia
 

    Kenderaan penumpang persendirian

 

  Motosikal (sama ada didaftarkan atas nama individu atau syarikat) RM5.00
 

Motokar, van jeep, bas yang didaftarkan atas nama individu
 -  tidak melebihi 1500 s.p.

 -  melebihi 1500 s.p.

RM150.00
RM300.00

    Kenderaan perdagangan

 

  Kenderaan barangan, kenderaan perkhidmatan awam RM60.00

 

    Lain lain kelas kenderaan

 

  i Jentera bergerak, traktor RM 60.00
  ii Kenderaan dikawal pejalan kaki RM 150.00
  iii Kenderaan orang cacat PERCUMA

 

 


Sabah

    Kenderaan Penumpang Persendirian atau Kenderaan Perdagangan

 

  i Motosikal RM 5.00
  ii Semua kenderaan kecuali motosikal, kenderaan orang cacat atau treler RM 60.00
  iii Kenderaan orang cacat PERCUMA

 

 


Sarawak

 

    Kenderaan Penumpang Persendirian atau Kenderaan Perdagangan

 

  i Motosikal RM 5.00
  ii Semua kenderaan kecuali motosikal, kenderaan orang cacat atau kenderaaan dikawal pejalan kaki RM 60.00

 

iii

Treler

    - 2 roda

    - 4 roda

 

RM 20.00

RM 40.00

  iv Kenderaan dikawal pejalan kaki RM 2.00
  v Kenderaan orang cacat PERCUMA