Make your own free website on Tripod.com

LESEN MEMANDU ANTARABANGSA

 

Pertukaran lesen memandu domestik asing kepada lesen memandu kompeten Malaysia

  • Pemegang-pemegang lesen memandu asing bagi negara-negara tertentu dan masih sah tempohnya boleh membuat pertukaran kepada lesen memandu kompeten Malaysia secara automatik. Walau bagaimanapun, pemegang-pemegang lesen tersebut masih boleh memandu di negara ini selagi Lesen Memandu domestik negara asing tersebut masih sah tempohnya dan ada membawa bersama-samanya terjemahan lesen dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Senarai negara yang diterima untuk pertukaran adalah berubah dari masa ke semasa dan boleh dipinda berdasarkan pengesahan terkini dari Kementerian Luar Negeri. Senarai yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:

Australia

Brunei

Belgium

China

Denmark

Egypt(Mesir)

Fiji

Finland

France

Germany

Hong Kong 

Iran

Italy

Iraq

Jepun

Korea 

Libya

Laos

Mauritius 

Myanmar

New Zealand

Netherlands

Nigeria

Papua New Guinea

Philippines

Poland

Russia 

Switzerland

Spain

Singapore

Thailand

Turkey

  • Pemegang-pemegang lesen memandu domestik negara asing yang lain yang menjadi negara Perjanjian Konvensyen Geneve 1949 & 1968 boleh memandu di negara ini selagi lesen memandu domestik negara asing tersebut masih sah tempohnya dan ada membawa bersama-samanya terjemahan lesen dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Antara negara tersebut adalah :

 

Afghanistan

Albania

Algeria

Argentina

Austria

Brazil

Bahamas

Bahrain

Barbados

Benin

Belarus

Bangladesh

Bolivia

Bosnia Herzegovina

Botswana

Bulgaria

Burkina Faso

Burundi

Cameroon

Canada

Central African

Chad

Chile

Congo

Cote D'Ivore

Costa Rica

Colombia

Croatia

Czechoslovakia

Dahomey

Dominican Republic

D.Kampuchea

Ecuador

Estonia

Ethiopia

El Salvador

French Polynesia

Georgia

Ghana

Greece

Guatemala

Guinea

Guyana

Haki

Honduras

Holy See

Hungary

Iceland

India

Indonesia

Ireland

Ivory Coast

Jamaica

Jordan

Kenya

Kuwait

Latvia

Lebanon

Lesotho

Liberia

Liechtenaterin

Lithuania

Luxembourg

Madagascar

Malawi

Maldive Island

Mauritania

Mexico

Monaco

Mongolia

Morocco

Namibia

Nepal

Nicaragua

Norway

Niger

Panama

Paraguay

Peru

Pakistan

Republic of Moldova

Republic of Macedonia

Romania

Rwanda

San Marino

Saudi Arabia

Senegal

Seychelles

Sierre Leone

Slevania

Slovenia

Somalia

Southern Yemen

South Africa

Sri Lanka

Sudan

Switzerland

Syria

Taiwan

Togo

Trinidad & Tobago

Tunisia

Turkmenistan

Uganda

Ukrainian Soviet

United Arab Republic

United Kingdom

United States

Uruguay

Uzbekistan

Venezuela

Vietnam

Western Samca

Yemen

Yugoslavia

Zambia

Zimbabwe

  • Pemegang-pemegang lesen memandu domestik negara asing seperti (b) di atas boleh memohon untuk mendapatkan lesen memandu Malaysia daripada Ketua Pengarah JPJ dan Ketua Pengarah boleh menggunakan budi bicaranya mengikut kes demi kes, untuk membenarkan pertukaran lesen memandu domestik negara asing tanpa ujian ataupun mengenakan syarat-syarat dari masa ke semasa.


Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

  1. Salinan lesen memandu domestik asing yang disahkan.

  2. Surat terjemahan lesen (Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia) oleh kedutaan negara yang mengeluarkan lesen atau pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen berkenaan;

  3. Borang permohonan (Lampiran B2)

Permit memandu antarabangsa

  • Pemegang-pemegang lesen memandu Malaysia yang ingin memandu di negara asing adalah dinasihatkan untuk mengambil permit memandu antarabangsa;

     

  • Permohonan permit Antarabangsa juga boleh dipohon di pejabat Persatuan Automobil Malaysia; dan

  • Pemohon-pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut :

  1. Lesen memandu domestik asal & salinan photostat yang masih sah tempohnya untuk 1 tahun;

  2. Kad Pengenalan asal & salinan photostat;

  3. 2 keping gambar warna ukuran pasport

  4. Borang JPJ L1

  5. Bayaran RM150.00 setahun