PENUKARAN ENJIN

 

Takrif 

 

Nombor enjin adalah nombor identiti sesebuah enjin yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk di tapak yang ditentukan oleh pembuat/pengilang . Ianya menerangkan model,tahun,jenis bahan api dan keupayaan sesebuah enjin.

 
 
 

Jenis jenis permohonan
 

Mengikut Kategori 

  1. Penukaran enjin yang sama model dan keupayaan kapasiti dengan enjin asal.
  2. Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan kapasiti tidak melebihi atau tidak kurang 25% dari enjin yang asal.
  3. Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan melebihi  atau kurang 25% dari keupayaan asal.
  4. Penukaran enjin dengan menggunakan bahan api berbeza dari yang asal. 
  5. Penukaran enjin dari model yang berlainan dari enjin asal.
 

 

Syarat syarat permohonan/pemberitahuan penukaran enjin 
  

Bagi kategori 1 - permohonan dihantar terus kepada JPJ negeri dengan melampirkan dokumen dokumen berikut .  

  1. Borang permohonan/Lampiran A 
  2. Kad Pendaftaran yang asal
  3. Resit Pembelian enjin yang asal 
  4. Surat Kastam K1 yang disahkan
  5. Insuran yang baru .

 

Bagi kategori 2 - Pemohon perlu membuat pemerikasaan khas di PUSPAKOM dan melaporkan kepada JPJ negeri dengan melampirkan dokumen dokumen berikut :

  1. Borang permohonan/Lampiran A
  2. Kad Pendaftaran yang asal 
  3. Resit Pembelian enjin yang asal 
  4. Surat Kastam K1 yang disahkan
  5. Surat Pelepasan Tanggungan
  6. Laporan pemeriksaan  PUSPAKOM (B2)
  7. LKM (Cukai Jalan) Asal 
  8. Insuran Kenderaan yang baru

 

Bagi Kategori 3, 4 dan 5  -  Pemohon perlu membuat permohonan Kepada Bahagian Teknik, Ibu Pejabat dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut: 

  1. Borang permohonan/Lampiran A

  2. Salinan Kad Pendaftaran
  3. Salinan Resit pembelian enjin .
  4. Salinan surat Kastam (K1) .

Setelah mendapat kelulusan dari Bahagian Teknik , pemohon perlu mengikut proses kategori 2 .

*   Borang permohonan/Lampiran A boleh didapati secara percuma di JPJ Negeri.

 

Syarat syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin

  1. Tidak ada pengubahsuaian pada enjin Mounting
  2. Kimpalan pada enjin ‘Mounting’ tidak dibenarkan.
  3. Propeller Shaft’ tidak dibenarkan dipotong atau disambung di mana-mana bahagian. 
  4. Tiada keretakan atau  karat pada enjin Mounting’.
  5. Sistem brek perlu dinaikkan taraf bagi enjin kapasiti melebihi 25% daripada kapasiti enjin asal. 
  6. Sistem gantungan (Suspension Systemperlu  dinaikkan taraf merangkumi 'Spring Stiffness'.

 

Sebarang kemusykilan , sila hubungi

Bahagian Teknik

Ibu Pejabat  JPJ Malaysia,

Aras 2, Blok D4, Parcel D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62520 Putrajaya.

Tel: 03-88866400

Fax : 03-88866689 

E-mail : teknik@jpj.gov.my