Make your own free website on Tripod.com

PENGENALAN  e-KHIDMAT


Pelesenan Pemandu/Kenderaan dan Pembayaran Saman serta perolehan Lesen Secara Elektronik, Pembayaran Bil dan Maklumat "On-Line" Kementerian Kesihatan.

Perkhidmatan eKhidmat akan memudahkan orang ramai melakukan transaksi dengan lebih mudah dan telus kepada perkhidmatan Kerajaan dan juga agensi yang lain seperti Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad. Hanya dengan mendapatkan kemudahan perkhidmatan kiosk di pusat-pusat membeli belah atau komputer peribadi di rumah, orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu, membayar saman atau bil dengan lebih efisien tanpa perlu berbaris di kaunter. Perkhidmatan-perkhidmatan utama di bawah eKhidmat adalah:-

  • Pembayaran saman JPJ
  • Pengeluaran dan pembaharuan lesen memandu
  • Pendaftaran dan pelesenan kenderaan
  • Perkhidmatan maklumat JPJ
  • Pembayaran Bil Elektrik Kepada Tenaga Nasional Berhad, TNB
  • Pembayaran Bil Telefon Kepada Telekom Malaysia Berhad, TMB
  • Maklumat Kementerian Kesihatan
     

Objektif

Untuk memperbanyakkan akses perkhidmatan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, perkara-perkara berikut diberi penekanan:

  • Pelbagai Saluran
  • "One-stop Service Window"
  • Keupayaan Akses Sama Rata
  • Pilihan Bahasa
  • Peningkatan Kualiti Perkhidmatan

Fasa Projek

Perlaksanaan projek eKhidmat dibahagikan kepada tiga fasa perlaksanaan iaitu:

Fasa I (Lembah Kelang)

  • Lesen memandu
  • Saman
  • Maklumat JPJ
  • Bil Telekom
  • Maklumat Telekom
  • Bil TNB
  • Maklumat TNB

Fasa II (Lembah Kelang)

  • Pendaftaran kenderaan
    • permohonan nombor pendaftaran
    • pendaftaran kenderaan
    • pengeluaran dan pembaharuan LKM
    • pertukaran nombor pendaftaran
    • pertukaran hak milik
    • pembatalan tuntutan hak milik
  • Maklumat kenderaan
  • Maklumat Kementerian Kesihatan
  • Perlaksanaan Fasa I ke seluruh negara

Fasa III

Perlaksanaan Fasa I dan II ke seluruh negara
 

Jenis-Jenis Perkhidmatan

Perkhidmatan eKhidmat boleh dicapai menerusi saluran-saluran elektronik seperti berikut:

  • Internet
  • Kiosk
  • Interactive Voice Response (IVR)
  • Web TV

Perkhidmatan eKhidmat JPJ

Lesen Memandu


Sistem ini membolehkan orang ramai membuat pendaftaran dan tempahan menduduki ujian memandu secara online. Urusan pengeluaran dan pembaharuan lesen memandu (LDL, PDL & CDL) juga boleh dilakukan melalui eKhidmat.

Bayaran Saman

Orang ramai boleh membuat urusan bayaran saman secara online melalui saluran-saluran elektronik seperti mana dinyatakan di atas. Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan saman dan juga maklumat mata KEJARA.


Capaian Maklumat

  • Lesen memandu (LDL, PDL & CDL)
  • KEJARA
  • Maklumat saman
  • Maklumat am JPJ


Perkhidmatan eKhidmat TNB & TNB

Perkhidmatan eKhidmat juga merangkumi pembayaran bil-bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TMB):

  • Bil elektrik dan maklumat berkaitan (rumah kediaman sahaja)
  • Bil telefon dan maklumat berkaitan (rumah kediaman sahaja)


Pihak Terlibat


Service Supplier

Agensi Kerajaan yang Terlibat

Service Provider

Gateway Provider

Institusi Kewangan


Pada 2 Mei 2002, urusan untuk mengambil Ujian Undang-undang Berkomputer Bahagian I bagi Lesen Memandu telah boleh dilakukan secara on-line (internet) iaitu melalui kemasukan ke laman web konsortium SP. Kemudahan seperti ini memberi peluang kepada orang ramai berurusan dengan JPJ melalui pelbagai saluran selain daripada yang ada sekarang. Perolehan perkhidmatan secara online antara orang ramai dengan JPJ akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.