Make your own free website on Tripod.com

UJIAN MEMANDU

 
Pendahuluan ujian

 

Ujian memandu perlu diadakan untuk menentukan kompetensi seseorang pemandu sebelum ia dibenarkan memandu di atas jalanraya.

 
Bahagian-bahagian ujian

 

Ujian memandu dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan mengikut bahagian-bahagian seperti berikut :

 

 

   Motokar dan motolori
 

Bahagian I

Ujian Teori (bertulis/lisan) untuk Panduan Jalanraya dan Pemanduan Berhemat.

 

Bahagian II

Ujian praktikal meletak motokar/motolori secara masuk belok, mendaki bukit dan pusingan tiga penjuru (dikecuali untuk motolori)

 

Bahagian III

Ujian memandu di atas jalanraya

   
   Motorsikal
 

Bahagian I

Ujian Teori (bertulis/lisan)

 

Bahagian II

Ujian Kecekapan menunggang motosikal iaitu pusingan angka 8, meniti di atas simen 'plank test', (Kelas A dan C dikecualikan) menunggang di antara 'kon', 'slalom test', brek kecemasan dan menunggang di selekoh tajam 'crank course'.

 

Bahagian III

Ujian menunggang di jalanraya, termasuk laluan tak rata bagi kelas B sahaja.

   
 
Penetapan ujian bahagian 1

 

Semasa memohon penetapan ujian Bahagian I calon adalah dikehendaki mengemukakan

  • Kad Pengenalan atau salinannya

  • Sijil kehadiran kursus Kurikulum Baru Sekolah Memandu (KBSM) (JPJL2)

  • JPJL3 kad penetapan ujian Bahagian I, kad penetapan ujian boleh digunakan untuk ujian Bahagian II dan III. Jika anda gagal , anda hendaklah membeli kad penetapan ujian yang baru

   
Menjalani ujian

 

Untuk menduduki ujian, calon hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kad Penetapan Ujian JPJL3 bagi tarikh ujiannya dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
 

i.    Lesen Belajar Memandu asal yang masih sah tempohnya.

ii.   Kad Pengenalan atau salinan.

iii.  Bayaran yang dikenakan sebanyak RM10.00.


Sekiranya tarikh ujian yang ditetapkan di atas Kad Penetapan Ujian itu tidak dapat dipenuhi, seseorang calon boleh memohon untuk meminda kepada tarikh baru tanpa bayaran di mana calon hanya berpeluang meminda tarikh hanya sekali sahaja. Walau bagaimanapun sekiranya seseorang calon itu gagal dalam sesuatu bahagian atau gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan, ia perlu mendapatkan Kad Penetapan Ujian baru sebelum menduduki ujian ulangan. Calon-calon mestilah memegang lesen belajar memandu sekurang-kurangnya 1 bulan dan menamatkan sekurang-kurangnya 16 jam kursus praktikal sebelum dibenarkan untuk memohon ujian praktikal Bahagian II dan III.

 

Tempoh sah ujian bahagian I

 

Tempoh sah ujian Bahagian I ialah dua tahun, sementara tempoh sah ujian Bahagian II dan Bahagian III ialah satu (1) tahun.

 

Keputusan ujian

 

Keputusan ujian akan diberitahu dengan serta merta selepas ujian. Calon-calon yang kandas dalam Bahagian I, II dan III hanya dibenarkan mengambil ujian semula selepas 1 minggu daripada tarikh kandas. Sekiranya calon telah lulus mana-mana bahagian ini dan ianya masih tidak membuat lesen dalam tempoh di perenggan 5 tersebut calon dikehendaki mengambil ujian semula. Sekiranya ada calon-calon yang terkilan di atas keputusan Bahagian II dan III mereka boleh mengemukakan rayuan bertulis selewat-lewatnya sehari selepas gagal ujian.

 

Menambah kelas

 

Bagi calon-calon yang telah memiliki lesen memandu kompeten bagi sesuatu kelas dan ingin menambah kelas yang lain calon-calon adalah dikecualikan daripada menghadiri semula kelas KBSM serta ujian Bahagian I.