Make your own free website on Tripod.com

LESEN MEMANDU KOMPETEN

 

Permohonan lesen memandu

Memperbaharui lesen memandu
Permohonan lesen memandu
Menambah kelas di dalam lesen
Pindaan butir butir memandu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Permohonan lesen memandu

  • Apabila seseorang calon lulus sesuatu ujian memandu ia hendaklah memohon lesen memandu kompeten tidak lewat 1 tahun daripada tarikh ianya diluluskan. Permohonan untuk mendapatkan lesen memandu (JPJ L6) yang sah hendaklah dikemukakan di pejabat JPJ Negeri yang menjalankan ujian dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut :

  1. Lesen Memandu Percubaan Asal;
  2. 1 keping gambar warna berukuran 25mm x 32mm
  3. Bayaran RM20.00 1 tahun (Kelas B) dan RM30.00 1 tahun (Kelas D)
  • Lesen memandu baru boleh dimohon bagi tempoh 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun.

    PENGUMUMAN:

Bagi permohonan untuk menukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten yang diterima dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh percubaan, pertukaran dan pengeluaran lesen memandu kompeten adalah dibenarkan bagi tempoh 1 tahun sahaja. Setelah dikenalpasti permohonan adalah dari pemohon yang memohon dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh percubaan, urusniaga pertukaran diteruskan dalam tempoh selama 1 tahun dan dikawal secara automatik oleh sistem komputer.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Memperbaharui lesen memandu
  • Lesen memandu boleh diperbaharui di mana-mana pejabat JPJ dan pejabat pos yang memberikan kemudahan ini dengan mengemukakan lesen memandu asal dan bayaran mengikut kadar yang ditetapkan. Pemohon diberikan pilihan mengenai cara pembaharuan lesen. Jika pemohon mengemukakan 1 keping gambar warna berukuran 25mm x 32mm lesen memandu baru dikeluarkan untuk menggantikan lesen asal. Jika gambar tidak dikemukakan slip pembaharuan akan dikeluarkan. Slip pembaharuan tersebut hanya sah jika dibawa bersama-sama dengan lesen memandu asal.

  • Pemegang lesen memandu tetap yang tidak memperbaharui lesen memandunya selepas 3 tahun dikehendaki menduduki semula ujian Bahagian I, II dan III selaras dengan Seksyen 29(1)(b), Akta Pengangkutan Jalan, 1987.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Permohonan lesen memandu

Sekiranya lesen memandu asal hilang atau rosak, JPJ Negeri akan mengeluarkan salinan lesen asal kepada pemohon yang mengemukakan dokumen-dokumen berikut :

Lesen Hilang

  1. Laporan polis atau Surat Akuan Sumpah (bagi lesen hilang sahaja);
  2. Borang JPJ L1
  3. 1 keping gambar warna berukuran 25mm x 32mm;
  4. Salinan kad pengenalan; dan
  5. Bayaran RM20.00

Lesen Rosak

  1. Borang JPJ L1
  2. 1 keping gambar warna berukuran 25mm x 32mm;
  3. Salinan kad pengenalan;
  4. Lesen memandu yang rosak; dan
  5. Bayaran RM20.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menambah kelas di dalam lesen

Pemegang-pemegang lesen memandu kompeten boleh menduduki ujian memandu bagi kelas-kelas selain daripada kelas yang dicatatkan dalam lesen memandu kompeten. Selepas lulus ujian anda boleh memohon untuk menambah kelas yang baru lulus di dalam lesen memandu kompeten dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :

  1. Lesen memandu tetap asal yang masih sah tempohnya.
  2. Borang JPJ L1
  3. Sijil lulus untuk kelas tambahan (JPJ L3)
  4. 1 keping gambar warna berukuran 25mm x 32mm;
  5. Lesen belajar memandu; dan
  6. Bayaran RM5.00

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pindaan butir butir memandu

Sekiranya ada sebarang pindaan dalam lesen memandu kompeten, permohonan untuk membetulkannya boleh dibuat di JPJ Negeri yang mengeluarkan lesen asal dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :

  1. Lesen memandu tetap yang asal
  2. 1 keping gambar warna berukuran 25mm x 32mm
  3. Borang JPJ L7
  4. Bayaran RM5.00 (dikecualikan bagi pindaan alamat dan no. kad pengenalan baru)