Make your own free website on Tripod.com

PELEPASAN ASAP HITAM KENDERAAN DIESEL DAN PENYELENGGARAAN ENJIN

 

Peruntukan undang undang

Peruntukan dalam Kaedah 3(1) Kenderaan Bermotor (Control of Smoke And Gas Emission) Peraturan P.U.(A) 414/1977 yang diperuntukkan di bawah Seksyen 57 Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 menetapkan:

  1. Tiada sesiapa pun boleh menggunakan atau menyebabkan penggunaan sesebuah kereta motor yang mana pelepasan asap melebihi 50 HSU"

  2. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM500 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama, denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi satu bulan untuk kesalahan berikutnya.

Pelepasan asap hitam kenderaan diesel

  1. Asap hitam ekzos yang dikeluarkan oleh enjin diesel ialah karbon yang terbentuk semasa pembakaran bahan api dalam enjin dalam bentuk jelaga.

  2. Sebab-sebab yang memungkinkan enjin diesel mengeluarkan pelepasan asap hitam berlebihan ialah:

  • Kerosakan injektor

  • Kemasukan udara terhalang

  • Timing injection cepat atau lewat

  • Bahanapi berlebihan

  • Bahanapi tidak sesuai

  • Tekanan pantulan ekzos berlebihan

  • Udara masuk terlalu panas

  • Kurang beban - tekanan rendah

  • Enjin beroperasi di bawah paras suhu yang sesuai

  • Kerosakan turbo charger

  1. Cara-cara mengurangkan pelepasan asap hitam oleh enjin diesel:   

  • Bersihkan, perbaiki atau mengganti injektor.

  • Servis atau ganti penapis udara sekiranya didapati tersumbat atau kotor.

  • Periksa paip, saluran-saluran dan sambungan sekiranya ada halangan dan kebocoran.

  • Tentukan timing injection menurut spesifikasi pengeluar enjin.

  • Kalibrasi dan tentukan injection pump dan injektor menurut spesifikasi pengeluar enjin.

  • Tentukan gred dan nilai cetane bahanapi yang betul sebagaimana yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.

  • Tentukan lokasi sistem kemasukan udara tidak berhampiran alat bersuhu tinggi.

  • Tentukan tekanan penampatan menurut spesifikasi pengeluar kenderaan. Ini adalah untuk membantu pemeriksaan bagi kebocoran gasket-gasket, tentukan injap yang betul atau bocor, omboh atau gelang omboh yang bocor.

  • Periksa supaya suhu permulaan termostat enjin adalah betul.

  • Periksa turbo charger sekiranya tiada kerosakan (kekurangan tekanan).

  1. Penyelenggaraan dan servis kenderaan:

  • Buat penyelenggaraan dan servis mengikut masa yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.

  • Menggunakan sistem penapis udara dengan betul, iaitu: gunakan penapis udara yang diluluskan dan tentukan saluran masuk udara tidak bocor atau terhalang.

  • Gunakan gred minyak enjin yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.

  • Ganti penapis bahanapi pada masa yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.

  • Sesuaikan kelegaan injap enjin pada masa yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Keluarkan injektor, periksa kebocoran, penambahan karbon dan bersihkan pam bahanapi menurut yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.

  • Bagi enjin yang dipasang dengan turbo charger, penyelenggaraan terbaik ialah mengikut arahan untuk menghidupkan dan mematikan enjin mengikut yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.

  • Memeriksa sistem ekzos untuk karatkikis dan halangan.