Make your own free website on Tripod.com

PEMASANGAN ALAT TAMBAHAN

 

Panduan memohon pemasangan aksesori kereta

Jenis-jenis permohonan

  1. Permohonan membawa bot/sampan/kenu, papan luncur

  2. Permohonan memasang

    1. takal

    2. lampu sorot

    3. rak kerja

    4. membawa tangga

    5. alat saluran udara untuk menyelam

Syarat-syarat permohonan

Dokumen yang perlu disertakan untuk diproses oleh Bahagian Teknik Ibu Pejabat JPJ Putrajaya :

  1. Borang/surat permohonan

  2. Salinan perakuan pendaftaran kenderaan

  3. Katalog/risalah/spesifikasi teknikal yang lengkap

Makluman

  1. Surat kelulusan dari Bahagian Teknik hendaklah sentiasa dibawa bersama di dalam kenderaan supaya pihak berkuasa boleh memeriksanya pada bila-bila masa.