Make your own free website on Tripod.com

 

 

PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN LESEN MEMANDU

 

 

PERMOHONAN RAYUAN MEMPERBAHARUI LESEN MEMANDU YANG TELAH TAMAT TEMPOH

 

 

Permohonan rayuan untuk memperbaharui lesen memandu yang tamat tempoh boleh dikemukakan ke IBU Pejabat JPJ sahaja

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 

RAYUAN

  • Mengemukakan surat rayuan kepada Bahagian Pelesenan Ibu Pejabat JPJ Malaysia dengan mengemukakan alasan-alasan yang munasabah

  • Mengemukakan salinan Kad Pengenalan/Pasport

  • Mengemukakan salinan Lesen Memandu

  • Mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong permohonan seperti salinan pengenalan,surat tahanan penjara, laporan doktor dan lain-lain (sekiranya perlu)

 

KEPUTUSAN RAYUAN

  • Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk menolak/meluluskan permohonan.

  • Jika permohonan diterima pemohon dikecualikan dari mengambil Ujian Bahagian I. Namun demikian pemohon dikehendaki mengambil semula Bahagian II dan III tanpa melalui proses latihan semula

  • Jika permohonan ditolak pemohon dikehendaki mengambil semula ujian Bahagian I, II dan III seperti prosedur biasa.

  • Surat jawapan permohonan akan dihantar berdasarkan alamat permohonan rayuan pemohon

 

 

ALAMAT BAHAGIAN PELESENAN IBU PEJABAT

 

IBU PEJABAT

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

ARAS 3, BLOK D4 , PARCEL D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62620 PUTRAJAYA

NO TEL IBU PEJABAT : 03 88866400

NO FAX : 03 88889645