SOALAN :

 

Bagaimana untuk mendaftar kenderaan?

Bagaimana untuk menukar hakmilik bagi kenderaan persendirian?

Bagaimana untuk menukar hakmilik bagi kenderaan perdagangan?

Apa yang perlu dilakukan jika kad pendaftaran kenderaan hilang atau rosak?

Bagaimana untuk memperbaharui cukai jalan?

Apa yang perlu dilakukan jika cukai jalan hilang atau rosak?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana untuk mendaftar kenderaan?

 

Jawapan :

 

Pendaftaran Kenderaan Penumpang Persendirian Pemasangan Tempatan

  1. Borang JPJK1 (perlu diisikan dengan terang dan lengkap)

  2. Kad Pengenalan (asal atau salinan yang disahkan) atau Salinan Kad Pengenalan berserta Lampiran 'A' (Surat Pelepasan Tanggungan) atau Salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Syarikat yang telah disahkan.

  3. Surat Perakuan Pembuatan/Pemasangan (jika berkenaan)

  4. Borang Eksais 7 (jika berkenaan)

  5. Surat kelulusan nombor tender (jika berkenaan)

  6. Surat jualan

  7. Surat tuntutan hak milik (jika berkenaan)

  8. Surat kuasa oleh pemohon yang ingin mendaftarkan kenderaan (jika diuruskan oleh wakil/agen)

  9. Nota perlindungan/polisi insurans

  10. Bayaran (sila rujuk bayaran)

 Pendaftaran Kenderaan Penumpang Persendirian, Impot Baru Atau Impot Terpakai.

  1. Borang JPJ K1 (diisikan dengan lengkap dan terang)

  2. Kad Pengenalan (asal atau salinan yang disahkan) atau Salinan Kad Pengenalan berserta Lampiran 'A' (Surat Pelepasan Tanggungan) atau Perakuan Pendaftar Perniagaan/Syarikat yang telah disahkan.

  3. Borang Kastam (1 atau 8 atau 9) (untuk keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Kastam)

  4. Lesen Impot (AP) asal

  5. Perakuan Pendaftaran Asal (Certificate of Origin) bagi kenderaan impot terpakai

  6. Laporan pemeriksaan kenderaan dari PUSPAKOM

  7. Surat jualan

  8. Surat kelulusan nombor tender (jika berkenaan)

  9. Surat tuntutan hak milik (jika berkenaan)

  10. Nota perlindungan/polisi insurans

  11. Surat Kuasa (jika diuruskan oleh wakil/agen)

  12. Bayaran (sila rujuk bayaran)

Pendaftaran Kenderaan Perdagangan

  1. Borang JPJ K1 (diisi dengan lengkap dan terang)

  2. Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Syarikat atau Memorandum & Articles of Association (salinan yang disahkan)

  3. Eksais 7 - untuk kenderaan pemasangan tempatan (kecuali lori rigid dan penggerak utama dan panel van/perakuan pembuatan/pemasangan)

  4. Borang kastam 1 atau 8 atau 9 untuk kenderaan impot (untuk keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Kastam)

  5. Laporan pemeriksaan kenderaan dari PUSPAKOM

  6. Sijil Timbang dari PUSPAKOM

  7. Surat kebenaran membina badan kenderaan (bagi bas)

  8. Sijil AVRF dan penaksiran AVRF (bagi treler, separa treler, bas) kecuali bagi kenderaan 'De-controlled'

  9. Surat kelulusan LPKP/Lesen LPKP (Asal dan salinan)

  10. Surat tuntutan hak milik (jika berkenaan)

  11. Surat jualan

  12. Nota perlindungan/polisi insurans agen

  13. Surat kuasa (sekiranya diuruskan oleh wakil/agen)

  14. Bayaran (sila rujuk bayaran)  

Nota: Kenderaan "De-controlled" ialah kenderaan barangan Berat Dengan Muatan (BDM) 2,500 kg dan ke bawah yang digunakan untuk membawa barangan pemilik kenderaan sendiri sahaja.

 

[atas]

 

 

 

 

Bagaimana untuk menukar hakmilik bagi kenderaan persendirian?

 

Jawapan :

 

Pertukaran Milikan Kenderaan Persendirian

  1. Borang JPJ K3 yang ditandatangani oleh pemunya berdaftar (Penjual) dan pemilik baru (Pembeli).

  2. Salinan fotostat kad-kad pengenalan yang disahkan bagi penjual dan pembeli atau salinan perakuan pendaftaran perniagaan/syarikat.

  3. Lampiran 'A' (Surat Pelepasan Tanggungan)

  4. Perakuan pendaftaran kenderaan yang asal.

  5. Surat pelepasan tuntutan hak milik (jika penjual telah mengambil pinjaman kenderaan dari institusi kewangan)

  6. Surat tuntutan hak milik (jika pembeli mengambil pinjaman kenderaan dari institusi kewangan)

  7. Nota perlindungan/polisi insuran atas nama pembeli

  8. Bayaran

[atas]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana untuk menukar hakmilik bagi kenderaan perdagangan?

 

Jawapan :

 

Pertukaran Milikan Kenderaan Perdagangan

Bagi pertukaran milikan kenderaan perdagangan, dokumen-dokumen seperti di perenggan 4a (i) hingga (vii) adalah diperlukan. Selain daripada kehendak ini penjual dan pembeli selanjutnya perlu mengambil langkah-langkah seperti berikut :

 

Penjual : Penjual dikehendaki menyerahkan dokumen-dokumen berikut untuk dibatalkan:

  1. Lesen Kenderaan Perdagangan yang berkaitan dengan kenderaan perdagangan yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

  2. Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang masih sahlaku

  3. Sekiranya kenderaan itu sebuah teksi atau kereta sewa pandu sendiri, plat-plat pengenalan khas yang dikeluarkan kepada kenderaan-kenderaan itu.

Pembeli : Pembeli boleh menggunakan kenderaan yang dimaksudkan itu sebagai kenderaan persendirian atau kenderaan perdagangan. Sekiranya pembeli hendak menggunakan kenderaan itu sebagai kenderaan perdagangan, ia perlu mengambil langkah-langkah berikut :

  1. Mengemukakan surat kelulusan/lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

  2. Tanda-tanda yang ditetapkan di badan kenderaan

  3. Membawa kenderaan untuk pemeriksaan awalan di PUSPAKOM.

Nota : Sekiranya teksi atau kereta sewa hendak ditukarkan kegunaan sebagai kenderaan penumpang persendirian, pembeli hendaklah menyelesaikan duti kastam terlebih dahulu.

 

[atas]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa yang perlu dilakukan jika kad pendaftaran kenderaan hilang atau rosak?

 

Jawapan :

 

Kad pendaftaran kenderaan hilang

Dokumen diperlukan :

  • Lengkapkan borang JPJK7

  • Laporan polis

  • Laporan pemeriksaan kenderaan

  • Kad pengenalan

  • Bayaran

 

Semenanjung Malaysia

Sabah

Sarawak

Motosikal

RM 20.00

RM 25.00

RM 20.00

Kenderaan lain

RM 50.00

RM 25.00

RM 20.00

Kad pendaftaran kenderaan rosak

Dokumen diperlukan :

  • Lengkapkan borang JPJK7

  • Kad pendaftaran kenderaan yang rosak

  • Bayaran

 

Semenanjung Malaysia

Sabah

Sarawak

Motosikal

RM 20.00

RM 25.00

RM 20.00

Kenderaan lain

RM 50.00

RM 25.00

RM 20.00

[atas]

 

 

 

 

 

 

Bagaimana untuk memperbaharui cukai jalan?

Jawapan :

 

Dokumen diperlukan :

  • Kad pendaftaran kenderaan yang asal

  • Polisi insuran/nota perlindungan

  • Bayaran yang tertulis dalam kad pendaftaran

  • Pembaharuan boleh dibuat dipejabat POS atau kaunter JPJ

 

[atas]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa yang perlu dilakukan jika cukai jalan hilang atau rosak?

Jawapan :

 

Kehilangan cukai jalan
Dokumen diperlukan

  • Borang JPJK7 yang lengkap

  • Kad pendaftaran kenderaan yang asli

  • Laporan polis

  • Bayaran

 

Semenanjung

Sabah

Sarawak

Motorsikal

RM 20.00

RM 25.00

 RM 20.00

Kenderaan lain

RM 50.00

RM 25.00

RM 20.00

 

 

 

 

Cukai jalan rosak
Dokumen diperlukan

  • Borang JPJK7 yang lengkap

  • Kad pendaftaran kenderaan yang asal

  • Cukai jalan yang rosak

  • Tiada bayaran dikenakan

[atas]