Apakah kelayakan umur minima untuk mengambil lesen ?

Bagaimana untuk memohon Lesen Memandu Kompeten (CDL)?

Bagaimana untuk memohon Lesen Belajar Memandu (LDL)?

Bagaimana untuk memohon Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau Lesen Memandu Barangan (GDL)?

Bagaimana untuk memperbaharui Lesen Memandu (CDL)?

Bagaimana untuk memperbaharui LDL?

Bagaimana untuk memperbaharui PSV atau GDL?

Bagaimana untuk menukar Lesen Memandu Antarabangsa kepada Lesen Memandu Kompeten  Malaysia?

Apa yang perlu dilakukan sekiranya lesen memandu hilang atau rosak?

Apa yang harus dilakukan apabila lesen memandu kompeten (CDL) telah tamat tempoh melebihi 3 tahun tanpa diperbaharui?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apakah kelayakan umur minima untuk mengambil lesen ?

 

Kelayakan umur minima    

Motorsikal dan kenderaan orang cacat - 16 tahun 

Motokar - 17 tahun 

Kenderaan perdagangan, traktor, jentera berat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana untuk memohon Lesen Memandu Kompeten (CDL)?

 

Jawapan :

 

Permohonan lesen memandu :

Apabila seseorang calon lulus ujian memandu ia hendaklah memohon lesen memandu kompeten tidak lewat 1 tahun daripada tarikh ianya lulus. Permohonan untuk mendapatkan lesen memandu (JPJ L6) yang sah hendaklah dikemukakan di pejabat JPJ Negeri yang menjalankan ujian dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut :

  1. Lesen Memandu Percubaan Asal;

  2. 1 keping gambar warna berukuran 25mm x 32mm

  3. Bayaran RM20.00 1 tahun(kelas B) dan RM30.00 1 tahun (Kelas D)

Lesen memandu baru boleh dipohon bagi tempoh 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun, dan 10 tahun.

PENGUMUMAN:

Bagi permohonan untuk menukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten yang diterima dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh percubaan, pertukaran dan pengeluaran lesen memandu kompeten adalah dibenarkan bagi tempoh 1 tahun sahaja. Setelah dikenalpasti permohonan adalah dari pemohon yang memohon dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh percubaan, urusniaga pertukaran diteruskan dengan tempoh selama 1 tahun diberi dan dikawal secara automatik oleh sistem komputer.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana untuk memohon Lesen Belajar Memandu (LDL)?

 

Jawapan :

Dokumen diperlukan:

  • JPJL2B Sijil kehadiran kursus praktikal asas selama 6 jam di Institut Memandu (kecuali untuk kelas F, G, H dan I). JPJL2B Sijil sah selama satu tahun bermula dari tarikh sijil dikeluarkan.

  • Lengkapkan borang JPJL1

  • Salinan kad pengenalan

  • JPJL3 Test Card & Test Results Slip for Part I

  • sekeping gambar warna berukuran paspot (25mm x 32mm)

  • Bayaran : RM20.00 untuk 3 bulan (RM40.00 untuk 6 bulan) bagi kelas A, B & C, dan RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) untuk kelas D dan ke atas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana untuk memohon Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau Lesen Memandu Barangan (GDL) ?

 

Jawapan :

 

Dokumen diperlukan :

 

  • Borang JL8A yang lengkap untuk motokar/lori atau borang JPJL8 untuk motorsikal GDL

  • Lesen memandu yang sah serta salinan - untuk Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Memandu Barangan (GDL).

  • Sijil kehadiran (JPJL2C) dari institut memandu yang diluluskan untuk memohon kategeori PSV/GDL/CON. Tempoh sah laku adalah satu tahun.

  • Sijil Ujian Kecekapan (JPJL12) for PSV/GDL/KON

  • Salinan kad pengenalan. 

  • Surat perakuan daripada doktor (Bahagian III of borang JPJL8A)

  • Umur : PSV and GDL tidak kurang dari 21 tahun. Permit konduktor (CON) tidak kurang dari 18 tahun

  • Bayaran : RM20.00

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana untuk memperbaharui Lesen Memandu Kompeten (CDL)?

 

Jawapan :

 

Memperbaharui lesen memandu :
  • Lesen memandu boleh diperbaharui di mana-mana pejabat JPJ dan pejabat pos yang memberikan kemudahan ini dengan mengemukakan lesen memandu asal dan bayaran mengikut kadar yang ditetapkan. Pemohon diberikan pilihan mengenai cara pembaharuan lesen. Jika pemohon mengemukakan 1 keping gambar warna berukuran 25mm x 32mm lesen memandu baru dikeluarkan untuk menggantikan lesen asal. Jika gambar tidak dikemukakan slip pembaharuan akan dikeluarkan. Slip pembaharuan tersebut hanya sah jika dibawa bersama-sama dengan lesen memandu asal.

  • Pemegang lesen memandu kompeten yang tidak memperbaharui lesen memandunya selepas 3 tahun dikehendaki menduduki semula ujian Bahagian I, II dan III selaras dengan Seksyen 29(1)(b), Akta Pengangkutan Jalan, 1987.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana untuk memperbaharui LDL?

 

Jawapan :

 

Dokumen diperlukan:

  • Lesen Belajar Memandu yang asal

  • Bayaran - RM20.00 untuk 3 bulan (RM40.00 untuk 6 bulan) bagi kelas A, B & C, dan RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D dan ke atas

  • Lokasi - di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan dan pejabat pos yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

    Nota:

      Lesen Belajar Memandu hanya sah sehingga dua tahun sahaja bermula dari tarikh dikeluarkan. Selepas dari tarikh itu pemohon dikehendaki mengambil semula ujian bahagian I.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana untuk memperbaharui PSV atau GDL?

 

Jawapan :

 

Dokumen diperlukan :

  • Borang JPJL8 yang lengkap

  • Lesen memandu (CDL) yang sah

  • Lesen kenderaan pengangkutan awam yang telah tamat tempoh

  • Surat Akuan Doktor

  • Bayaran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana untuk menukar Lesen Memandu Antarabangsa kepada Lesen Memandu Kompeten Malaysia?

 

Jawapan :

 

Untuk menukar Lesen Memandu Antarabangsa kepada Lesen Memandu Kompeten Malaysia, anda dikehendaki untuk menghadirkan diri ke Aras 3, Blok D4, Parcel D, Putrajaya. Dokumen yang diperlukan ialah :

  • salinan paspot dan permit kerja

  • Paspot asal

  • Lesen Memandu Antarabangsa asal dan salinannya

  • Lengkapkan borang B2 yang mana ianya boleh dimuat turun dari laman web kami.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa yang perlu dilakukan sekiranya lesen memandu hilang atau rosak?

 

Jawapan :

 

Sekiranya lesen memandu asal hilang atau rosak, JPJ Negeri akan mengeluarkan salinan lesen asal kepada pemohon yang mengemukakan dokumen-dokumen berikut :

a. Lesen Hilang

  1. Laporan polis atau Surat Akuan Sumpah (bagi lesen hilang sahaja);

  2. Borang JPJ L1;

  3. 1 keping gambar warna berukuran 25mm x 32mm;

  4. Salinan kad pengenalan; dan

  5. Bayaran RM20.00

b. Lesen Rosak

  1. Borang JPJ L1;

  2. 1 keping gambar warna berukuran 25mm x 32mm;

  3. Salinan kad pengenalan;

  4. Lesen memandu yang rosak; dan

  5. Bayaran RM20.00

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa yang harus dilakukan apabila lesen memandu kompeten (CDL) telah tamat tempoh melebihi 3 tahun tanpa diperbaharui?

 

Jawapan :

 

Anda dikehendaki menduduki semula ujian tetapi ianya ada pengecualian.