SOALAN :

 

 

Apa itu KEJARA?

Bagaimana Sistem KEJARA dilaksanakan?

 

Keterangan lanjut mengenai KEJARA !

 

 

Jawapan :

Pengertian Umum :
Sistem KEJARA adalah singkatan daripada perkataan SISTEM PENALTI MATA DEMERIT KESALAHAN JALANRAYA. Sistem ini ditujukan khas kepada pemandu-pemandu kenderaan yang memiliki lesen memandu CDL dan Lesen Memandu Percubaan.

Pengertian Khusus :

Sistem pemberian mata demerit kepada pemandu-pemandu kenderaan yang telah disabitkan kesalahan samada melalui bayaran kompaun (Polis atau JPJ) atau denda (Mahkamah) bagi kesalahan berjadual.

 

 

 

 

 

 

Bagaimana Sistem KEJARA dilaksanakan?

Jawapan :

  • Sistem KEJARA berfungsi di bawah APJ 35, 35A, 37 dan 38 dan juga Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Mata Demerit) 1997.

  • Rekod pesalah Sistem KEJARA diwujudkan melalui notis saman yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan terjadual dan mata demerit akan dikira.

  • Bagi pemandu lesen CDL yang telah mengumpul 15 atau lebih mata demerit, tindakan berikut akan diambil :

 

MATA KESALAHAN

HUKUMAN

 

15 atau lebih mata demerit bagi kali pertama

lesen memandu akan digantung 6 bulan

 

15 atau lebih mata demerit bagi kali kedua

lesen memandu akan digantung 12 bulan

 

15 atau lebih mata demerit bagi kali ketiga dalam tempoh 5 tahun

lesen memandu digantung 12 bulan dan tindakan pembatalan lesen akan dibuat

  • Bagi lesen CDL yang digantung, pemandu berkenaan tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya, untuk memandu kenderaan daripada apa-apa kelas semasa tempoh penggantungan.

  • Bagi pemandu Lesen Percubaan yang telah mengumpul 10 atau lebih mata demerit, Lesen Percubaan akan dibatalkan.

  • Bagi pemandu yang telah dibatalkan lesen memandu (Lesen 'P' atau CDL), tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya daripada apa-apa kelas bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh penyerahan balik lesen.