Make your own free website on Tripod.com

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

TEKNIK

PERMOHONAN PEMASANGAN LAMPU MATA ARAH (BEACON LIGHT)

1

2

3

PENGENALAN

 

Lampu mata arah (beacon light) merupakan satu lampu penanda amaran pelbagai warna dan dikategorikan sebagai komponen aksesori yang dipasang di atas bumbung atau bahagian atas sesebuah kenderaan

 

TUJUAN PENGGUNAAN ALAT

 

Penggunaan lampu ini adalah bertujuan untuk memperingatkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain bahawa mereka perlu memperlahankan kenderaan , berhati-hati dan berwaspada semasa berada di kawasan tersebut

 

Menurut kaedah 24 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lalulintas Jalan) 1959 hanya kenderaan Polis,Bomba,Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak haluan (Priority Over Traffic) di mana-mana jalan raya negara ini. Walau bagaimanapun menurut Kaedah 138(1) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (pembinaan dan penggunaan ) 1959 , Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk mengecualikan mana-mana kenderaan daripada mematuhi mana-mana kaedah yang sedia ada. Kenderaan kegunaan persendirian tidak akan dibenarkan memasang alat tersebut

 

 

BAGAIMANA MEMOHON

 

Selain daripada apa yang ditetapkan dalam kaedah 24, permohonan pemasangan lampu mata arah boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan rasmi ke Jabatan ini. Surat permohonan tersebut hendaklah mengandungi

  1. Latar belakang Syarikat

  2. Tujuan penggunaan Alat

  3. Jenis alat yang akan digunakan

  4. Salinan kad pendaftaran kenderaan

SYARAT-SYARAT

  1. Kenderaan berkenaan telah didaftarkan sebagai kenderaan kegunaan syarikat

  2. Hanya pemilik atau setiausaha syarikat sahaja yang berhak membuat permohonan ini

  3. Kenderaan kegunaan persendirian tidak dibenarkan memasang dan menggunakan alat tersebut

CARA PEMASANGAN

 

Lampu mata arah jenis panjang (light Bar) hendaklah dipasang di atas bumbung secara kekal tanpa membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain

 

Lampu mata arah jenis bulat (kecil) pula boleh dipasang di atas bumbung atau bahagian atas kenderaan sama ada secara kekal atau bermagnet.

 

Penggunaan bunyi siren adalah dilarang sama sekali kecuali bagi Agensi Kerajaan yang dibenarkan oleh Undang-undang.

CARA PENGGUNAAN

 

Sesebuah kenderaan yang telah diberi kebenaran untuk memasang dan menggunakan lampu mata arah boleh menggunakannya semasa menjalankan tugas-tugas rasmi yang dikategorikan sebagai perlu sahaja. Alat ini tidak boleh digunakan dengan sewenangnya kerana ini akan mengganggu aliran lalu lintas

 

 

 

SEBARANG PERTANYAAN

 

BAHAGIAN TEKNIK

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

ARAS 2, BLOK D4, PARCEL D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62620 PUTRAJAYA

 

TEL : 03 88866400

FAX : 03 88889645

1

2

3