Make your own free website on Tripod.com

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

PANDUAN / TIP KESELAMATAN

PERIKSA BATERI ANDA

1

2

3

  1. Periksa paras elektolit berkala.  Lihat pada bateri kenderaan anda(gunakan lampu suluh jika keadaan tidak jelas), pastikan paras penunjuk elektrolit bateri kenderaan  anda berada di antara paras maksimum dan minimum sepanjang masa.  Jangan biarkan paras elektrolit berada di paras rendah (minimum) ataupun melebihi paras maksimum.  Tambah air bateri jika ia berada di paras minimum.
  2.  Apabila membuat penambahan air bateri, gunakan air suling  dan elakkan daripada menggunakan air galian.
  3. Periksa ketumpatan bandingan selalu.  Cas bateri sekiranya ketumpatan bandingan berada dalam keadaan nyahcas untuk masa yang lama.
  4. Gunakan  petroleum jelly pada tambatan bateri untuk mengelakkan pensulfatan dan periksa keketatan sambungan.
  5. Periksa keketatan palam pengalih udara dan pastikan liang pengalih udara tidak tersumbat.
  6. Gunakan asid sulfik gred bateri apabila mengisi bateri yang baru.
  7. Pastikan bateri ditambat kukuh pada kedudukannya.  Jika tambatan tidak kuat besar kemungkinan bateri tidak dapat berfungsi.
  8. Periksa penyambung bumi daripada berkarat dan kakisan

 

Penggunaan bateri yang melebihi jangkahayatnya akan menyebabkan bateri nyahcas dengan sendiri dan tidak dapat menyimpan cas disebabkan oleh plat yang tidak aktif dan tiada tindak balas kimia berlaku.

KESILAPAN YANG SELALU BERLAKU

  1. Paras elektrolit  yang minimum disebabkan oleh kurang penyelengaraan terhadap bateri.
  2. Cas yang berlebihan berpunca dari kerosakan pengalur pengulangalik.
  3. Kebocoran pada selongsong bateri.
  4. Beban yang berlebihan dengan penggunaan alat tambah yang banyak.
  5. Terlalu banyak menggunakan aksesori tambahan dalam kenderaan seperti aksesori radio (power amplifier)
  6. Pengecas telefon tangan.
  7. Pencemaran elektrolit bateri disebabkan bercampur dengan bahan-bahan galian.
  8. Cas  yang berlebihan disebabkan kerosakan pengulangalik.
  9. Kerosakan pada pengalur bateri.

MENGISI AIR BATERI

  1. Periksa air bateri diparas maksimum atau minimum.  Jika paras air berada di paras minimum atau kurang dari itu, isilah air bateri segera.
  2. Buka skru yang menjadi pemegang bateri kereta.  Ada sesetengah kereta tidak perlu berbuat demikian.  Kemudian buka penutup yang menutupi lubang-lubang bateri tadi.
  3. Tuang air bateri perlahan-lahan.  Pastikan anda mengisi ke dalam semua lubang.  Ini kerana setiap lubang mengandungi plat masing-masing.  Bagi mengelakkan bateri akan berkeladak  di bahagian kepalanya, jangan isikan bateri  air bateri terlalu penuh.  Pastikan anda paras air bateri pertengahan di antara tanda maksimum dan minimum.
  4. Pastikan selepas mengisi air bateri, tutup semula kesemua lubang air bateri  tadi dengan ketat.  Pasangkan semula skru bagi mengetatkan kembali kedudukan bateri kereta anda.   Laplah permukaan bateri dengan tuala atau kain pengelap sehingga kering

PERINGATAN

  1.  Pastikan air bateri sentiasa ada dalam kereta anda.
  2.  Bila mengisi air bateri pastikan jangan terlalu penuh.
  3. Isi air bateri dalam keadaan selamat (jangan terkena tangan atau baju) Jauhkan juga dari bahan mudah bakar seperti rokok dan sebagainya.
  4.  Jika air bateri tertumpah di mana-mana bahagian dalam kereta anda, segera basuh atau jirus dengan air bersih.  Begitu juga jika ia terpercik kedalam mata, segeralah cuci dengan air sejuk dan dapatkan rawatan diklinik berhampiran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEBARANG PERTANYAAN

 

IBU PEJABAT

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

ARAS 2, BLOK D4, PARCEL D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62620 PUTRAJAYA

 

TEL : 03 88866400

FAX : 03 88889645

1

2

3