Make your own free website on Tripod.com

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

PENGUATKUASAAN

PROSEDUR MENUNTUT KENDERAAN YANG DISITA OLEH JPJ

1

2

3

Di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Pegawai Pengangkutan Jalan boleh menyita kenderaan bagi tujuan mengenal pasti identiti pemandu kenderaan atau untuk memberhentikan sesuatu kesalahan daripada berterusan.

 

PELEPASAN KENDERAAN SITA

 

Kenderaan yang disita oleh JPJ boleh dituntut/dilepaskan apabila perkara berikut telah diselesaikan :-

  1. Setelah identiti pemandu atau kenderaan telah dikenal pasti

  2. Kesalahan yang dilakukan telah diberhentikan

  3. Saman telah dikeluarkan

  4. Dilepaskan oleh mahkamah

PELEPASAN KENDERAAN SITA

 

Kenderaan disita akan dilepaskan kepada pihak yang berkenaan seperti di bawah :-

  1. Pemunya/pemilik berdaftar

  2. Institut Kewangan (jika tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh yang ditetapkan)

  1. Agensi Kerajaan seperti Polis/Kastam

  2. Orang yang diberi kuasa di bawah Pentadbir Pusaka

Bagi kenderaan syarikat mereka yang layak menuntut kenderaan adalah

  1. Pengarah

  2. Pengurus Besar

  3. Setiausaha

  4. Pegawai yang dilantik/diberi kuasa

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PELEPASAN KENDERAAN

 

Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut :

  1. Kad Pendaftaran Asal

  2. LKM dan Insurans yang sah

  3. Lesen Memandu yang sah dan masih berkuat kuasa

  4. Kad Pengenalan

  5. Permit Asal (untuk kenderaan perdagangan/sekolah memandu)

 

 

SEBARANG PERTANYAAN

 

IBU PEJABAT JPJ

ARAS 2, BLOK D4, PARCEL D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62620 PUTRAJAYA

 

TEL : 03 88866400

FAX : 03 88889645

1

2

3