Make your own free website on Tripod.com

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

PENGUATKUASAAN

CARA MEMBAYAR SAMAN JPJ

1

2

3

PEMBAYARAN SAMAN

 

Saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua (2) iaitu saman yang boleh di kompaun dan saman yang tidak boleh di kompaun

  1. saman yang boleh di kompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut

  2. saman yang tidak boleh di kompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.

 

DI MANA SAMAN BOLEH DIBAYAR

 

Saman JPJ boleh dibayar di tempat berikut :-

  1. Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ

  2. Melalui perkhidmatan e-Services

 

CARA-CARA PEMBAYARAN SAMAN

  1. Saman tanpa pengurangan kadar kompaun boleh dibayar di mana-mana Pejabat JPJ

  2. Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman (JPJ P22) dengan jumlah bayaran

  3. Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman (JPJ P22) dan jumlah bayaran.

  4. Bayaran boleh dibuat secara tunai.

  5. Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.

 

BAYARAN SAMAN MELALUI PERKHIDMATAN e-SERVICES

 

Bagi saman yang boleh di kompaun dan tidak melibatkan notis PG 1 sahaja bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut

  1. www.eservices.com.my

  2. www.myeg.com.my

  3. www.rilek.com.my

RAYUAN MENGURANGKAN KADAR KOMPAUN

 

Rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun hendaklah dibuat kepada Pejabat JPJ yang mengeluarkan saman.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Surat Rayuan

  2. Salinan saman JPJ P22

SYARAT-SYARAT UNTUK MENGEMUKAKAN RAYUAN

 

  1. Dikemukakan sendiri oleh orang yang kena saman pada hari yang ditetapkan sebagai hari rayuan oleh JPJ Negeri berkenaan.

  2. Rayuan hendaklah dibuat sebelum tamat tempoh bayaran kompaun

  3. Kompaun hendaklah dibayar selepas kadar kompaun dikurangkan

  4. Pengurangan kadar kompaun hanya boleh ditentukan oleh Pengarah sahaja.

 

 

SEBARANG PERTANYAAN

 

BAHAGIAN PENGUATKUASA

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

ARAS 2, BLOK D4, PARCEL D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62620 PUTRAJAYA

 

TEL : 03 88866400

FAX : 03 88889645

 

1

2

3