JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

PELESENAN KENDERAAN

PANDUAN PEMINDAHAN NOMBOR PENDAFTARAN ANTARA KENDERAAN (INTERCHANGE)

1

2

3

 

LATAR BELAKANG

 

Tukar Hak Milik Kenderaan dilaksanakan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana sebarang tukar hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari

 

JENIS TUKAR MILIK

 

A.                   SUKARELA

B.                   TIDAK SUKARELA

          -tukar hak milik kenderaan tarik balik

         - kenderaan bagi pemilik yang meninggal 

           dunia

 

 

DOKUMEN BAGI PERMOHONAN

 

TUKAR HAK MILIK SECARA SUKARELA

  1. Sijil/Perakuan Pendaftaran Asal (JPJK2) asal dan salinan.

  2. Borang JPJ K3A (2 salinan)

  3. Salinan kad pengenalan bagi pemilik berdaftar/pembeli/saksi/perakuan pendaftar perniagaan syarikat (Borang 9,44 dan 49)

  4. Sijil/Nota Pelindungan Insurans Pemilik baru

  5. Notis penarikan balik tuntutan hak milik (pemunya berdaftar dan notis tuntutan hak milik (pemunya baru) jika berkenaan.

  6. Laporan pemeriksaan kenderaan (PG10) asal (kenderaan import)

  7. Lesen Kenderaan Perdagangan asal dan salinan bagi pemilik baru (kecuali kenderaan decontrol).dan;

  8. Bayaran yang ditetapkan

TUKAR HAKMILIK TIDAK SUKARELA

 

A. Pemunya berdaftar yang telah meninggal dunia

  1. Borang JPJK3A (Pindaan 1/02) ditandatangani oleh Pentadbir Pusaka

  2. Surat Kematian Asal dan salinan

  3. Kad Pengenalan asal dan salinan penama

  4. Sijil/Nota Pelindungan Insurans pemilik baru

  5. Notis penarikan balik tuntutan hak milik )pemunya berdaftar) dan notis tuntutan hak milik (pemilik baru) jika berkenaan

  6. Laporan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM (B2) asal dan resit bayaran/laporan kimia asal.

  7. Sijil/Nota Pelindungan Insurans pemilik baru

  8. Laporan pemeriksaan kenderaan (PG10) asal (kenderaan import);

  9. Bayaran yang ditetapkan

 

B. Kenderaan motor yang ditarik balik

    ( Repossesed di bawah Akta Sewa Beli 1967).

 

  1. Borang JPJK3A (dua salinan)

  2. Surat Akuan Berkanun asal dari Syarikat Kewangan

  3. Surat Pelepasan Tanggungan

  4. Satu salinan jadual 1,4 dan 5 (Akta Sewa Beli 1967 Syarikat Kewangan)

  5. Laporan polis asal/Surat Perintah Mahkamah asal dan salinan (mana-mana yang berkenaan)

  6. Sijil/Nota Perlindungan Insurans pemilik baru.

  7. Laporan Pemeriksaan Kenderaan (PG10) asal (kenderaan import)

  8. Bayaran yang ditetapkan.

 

C. Kenderaan motor rampasan,sitaan dan sebagai

    yang dilelong oleh Agensi Kerajaan

 

  1. Borang JPJK3A (dua salinan)

  2. Surat tawaran rasmi asal dan salinan daripada Jabatan yang melelong

  3. Laporan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM (B2) asal dan resit bayaran/laporan kimia

  4. Laporan kimia (jika berkenaan)'

  5. Sijil/Nota Pelindungan Insurans pemilik baru(jika berkenaan)

  6. Notis penarikan balik tuntutan hak milik )pemunya berdaftar) dan tuntutan hak milik (pemilik baru)

  7. Laporan pemeriksaan kenderaan (PG10) asal (kenderaan import);

  8. Bayaran yang ditetapkan 

 

SEBARANG PERTANYAAN

 

IBU PEJABAT

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

ARAS 2, BLOK D4, PARCEL D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62620 PUTRAJAYA

 

TEL : 03 88866400

FAX : 03 88889645

 

1

2

3