JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

PENGUATKUASAAN

RAYUAN PENGGANTUNGAN LESEN MEMANDU CDL/PEMBATALAN LESEN VOKASIONAL (PSV/CDL/KONDUKTOR)

1

2

3

PENGERTIAN UMUM

 

Sistem KEJARA adalah singkatan daripada perkataan SISTEM PENALTI MATA DEMERIT KESALAHAN JALANRAYA. Sistem ini ditujukan khas kepada pemandu-pemandu kenderaan yang memiliki lesen memandu CDL dan Lesen Memandu Percubaan. 

 

PENGERTIAN KHUSUS
 
Sistem pemberian mata demerit kepada pemandu-pemandu kenderaan yang telah disabitkan kesalahan samada melalui bayaran kompaun (Polis atau JPJ) atau denda (mahkamah) bagi kesalahan terjadual.
 
 
 

KENAPA SISTEM KEJARA DIWUJUDKAN?

 

Untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. 

 

Untuk meningkatkan kesedaran kepada pemandu-pemandu mengenai keselamatan jalanraya. 

 

Memastikan pemandu-pemandu mematuhi peraturan-peraturan jalanraya. 

 

Mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bertimbangrasa di jalanraya. 

 

Mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan jalanraya.

 

 

BAGAIMANA SISTEM KEJARA BERFUNGSI?

 

Sistem KEJARA berfungsi di bawah APJ 35, 35A, 37 dan 38 dan juga Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Mata Demerit) 1997. 

 

Rekod pesalah Sistem KEJARA diwujudkan melalui notis saman yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan terjadual dan mata demerit akan dikira. 

 

Bagi pemandu lesen CDL yang telah mengumpul 15 atau lebih mata demerit, tindakan berikut akan diambil :

 

MATA KESALAHAN

HUKUMAN

 

15 atau lebih mata demerit bagi kali pertama

 

lesen memandu akan digantung 6 bulan

 

15 atau lebih mata demerit bagi kali kedua

 

lesen memandu akan digantung 12 bulan

 

15 atau lebih mata demerit bagi kali ketiga dalam tempoh 5 tahun

lesen memandu digantung 12 bulan dan tindakan pembatalan lesen akan dibuat

    Bagi lesen CDL yang digantung, pemandu berkenaan tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya, untuk memandu kenderaan daripada apa-apa kelas semasa tempoh penggantungan. 

    Bagi pemandu Lesen Percubaan yang telah mengumpul 10 atau lebih mata demerit, Lesen Percubaan akan dibatalkan. 

    Bagi pemandu yang telah dibatalkan lesen memandu (Lesen 'P' atau CDL), tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya daripada apa-apa kelas bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh penyerahan balik lesen.


KURSUS PEMULIHAN
 
Ketua Pengarah boleh mengarahkan pemegang lesen memandu yang lesennya telah digantung menghadiri kursus pemulihan. Jika pemegang lesen telah menghadiri dengan jayanya dia layak untuk mendapat pengurangan tempoh penggantungan seperti berikut :
 
 

 

Tempoh pengantungan

Tempoh pengurangan

 

Penggantungan kali pertama

4 minggu

 

Penggantungan kali kedua

8 minggu

 

PEMBERIAN BONUS

 

Bagi pemandu-pemandu lesen CDL yang mendapatkan mata demerit kurang daripada 15 mata, jika tidak melakukan apa-apa kesalahan terjadual selama tempoh 24 bulan berturut-turut, 7 mata demerit akan diketepikan. 
 
 

PENALTI

 

Memandu semasa lesen memandu digantung atau dibatalkan boleh didenda RM2,000.00 atau enam(6) bulan penjara. 
 
 

 

KESALAHAN-KESALAHAN TERJADUAL DAN MATA DEMERIT YANG DIBERIKAN
 
 

BIL

 

KESALAHAN

MATA DEMERIT

01

 

Memandu atau mengawal kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.

15

02

 

Memandu dengan melulu atau membahayakan.

15

03

 

Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbangrasa.

15

04

 

Pertandingan atau dugaan kelajuan

15

05

 

Tanpa alasan yang munasabah, gagal mengadakan spesimen nafas, darah atau air kencing apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis.

15

06

 

Gagal mematuhi lampu isyarat.

10

07

 

Melebihi had laju yang ditetapkan pada sesuatu jalan atau kenderaan

 

 

 i

melebihi 40 km/j

10

 

 ii

melebihi 26 km/j - 40 km/j

8

 

 iii

melebihi 1 km/j - 25 km/j

6

08

 

Kesalahan-kesalahan berhubung memotong dan halangan semasa memotong (termasuk memotong 'Q')

8

09

 

Gagal memberi laluan kepada ambulans atau kereta bomba atau kenderaan polis atau kenderaan kastam atau kenderaan JPJ

8

10

 

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu di lintasan pejalan kaki

8

11

 

Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan pemanduan di sebelah kiri jalan

8

12

 

Gagal berhenti di persimpangan

8

13

 

Cuai mengawal dengan wajar pergerakan kenderaan (termasuk pengunaan telefon bimbit) 

8

14

 

Mengunakan kenderaan motor di jalan yang disekat

5

15

 

Mengabaikan arahan-arahan dan isyarat-isyarat lalulintas

5

16

 

Mengunakan tayar botak

5

17

 

Memotong di garisan kembar (garisan tidak putus)

5

18

 

Gagal mematuhi syarat syarat yang dilampirkan pada lesen memandu percubaan (kaedah 15A) Kaedah-kaedah kenderaan motor (lesen memandu) 1992 :

 

 

i

gagal membawa lesen memandu percubaan bersama-samanya semasa memandu

5

 

ii

gagal mempamerkan tanda pengenalan di tempat yang mudah dilihat mengikut gambarajah dalam jadual keenam kaedah-kaedah tersebut

10

 

iii

gagal memastikan bahawa kandungan alkohol dalam nafas, darah atau air kencingnya adalah pada tahap 0.00

5

1

2

3