Make your own free website on Tripod.com

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

PENGUATKUASAAN

PERMOHONAN PENGECUALIAN KHAS PEMASANGAN CERMIN GELAP

1

2

3

PENGENALAN

 

Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

 

PENGECUALIAN KHAS CERMIN GELAP

 

Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.

 

CARA-CARA MEMOHON

 

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas CG1 yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya.

Semua permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

  1. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.

  2. Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan seta rekod-rekod Perubatan yang terkini.

  1. Bagi permohonan untuk tujuan keselamatan,sertakan dokumen-dokumen sokongan.

 

KELULUSAN

 

Semua permohonan akan dipertimbangkan dan akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan untuk persetujuan.

Selepas itu akan dibawa kepada Y.B. Menteri Pengangkutan untuk kelulusan.

 

TEMPOH

 

Tempoh kelulusan penggunaan cermin gelap adalah satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui.

 

PEMBAHARUAN

 

Permohonan memperbaharui kelulusan cermon gelap hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan menyertakan dokumen berikut :

  1. Borang CG1 yang telah diisi dengan lengkap.

  2. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.

  3. Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan seta rekod-rekod Perubatan yang terkini.

  4. Salinan Surat Kelulusan Y.B Menteri Pengangkutan.

PENALTI

 

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda :-

  • Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan

  • Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

 

SEBARANG PERTANYAAN

 

IBU PEJABAT JPJ

ARAS 2, BLOK D4, PARCEL D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62620 PUTRAJAYA

 

TEL : 03 88866400

FAX : 03 88889645

1

2

3